|
|
| AGAMA: Kerosakkan Akhlak Muda-Mudi |
|
Muslimin sidang jumaat sekalian!
Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada
hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di
manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang
hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang
amalannya, apakah diamalkan dengannya."
Di
antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT
akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar
berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka
menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada
Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah SWT.
Di
dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan
pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di
hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya
mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami
tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di
waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata;
'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan
menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
|
|
|
|
|
|
| PENDAPAT: Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam |
|
A'kum wrt. wbrt.
Saya
ingin tahu berkenaan Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam, kerana ada
kemusykilan terhadap perkara ini. Adakah ianya sunnah drpd. Rasullah s.
a. w atau sebaliknya ?
Jawapan: Wa
alaikumussalam wr wb Persoalan insuran telah menarik minat ramai cerdik
pandai Islam untuk mengutarakan pandangan mereka mengenai hukumnya.
Tidak dapat dinafikan, ulama’ memang berbeza pendapat di dalam hal ini.
Ada yang mengatakan haram dan ada juga yang menganngapnya harus di sisi
syara’. Untuk melihat persoalan ini, didatangkan pandangan mengenai
insuran nyawa konvensional dan syarikat takaful.
Perbahasan Insuran Nyawa Konvensional
Secara
am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk
mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi
tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini
selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan
prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang
tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam,
sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:
“Sesungguhnya
seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan
perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia” (Riwayat Ibnu Majah).
|
|
|
|
|
|
| PELBAGAI: Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC |
|
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang
menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat
kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz
yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa
cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat
bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia. Antaranya:
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Wanita TomboyWanita yang menyerupai laki-laki) |
|
Di Zaman kita sekarang telah muncul sekelompok wanita yang
menyimpang dari fitrah Allah, padahal Allah telah menciptakan manusia
di atas fitrah itu. Mereka menunjukkan sifat yang tidak sesuai dengan
tabiat kewanitaan mereka, padahal Allah telah menjadikan tabiat
tersebut untuk membedakan dengan tabiat laki-laki. Mereka menyangka
bahwa mereka bisa berubah menjadi laki-laki Akibatnya sekelompok wanita
tersebut banyak menemui kesulitan dan kesempitan, mereka mengalami
problem fisik dan psikis, menjadi wanita-wanita yang tersisihkan yang
dibenci sekaligus menjadi pelampiasan kemarahan suami dan anak-anak
mereka. Disamping itu ada ancaman yang amat keras lagi bagi para wanita
yang meyimpang dari fitrah dan kodrat kewanitaan mereka serta
menyerupai laki-laki dalam hal berpakaian, penampilan, akhlak dan
tindakan.
Dalam
sebuah hadits shahih dari ibnu Abbas Radhiallaahu anhu dia berkata:
"Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang
menyerupai wanita dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki (HR.
Al-Bukhari). Laknat artinya terusir dan dijauhkan dari rahmat Allah
Hadits lain yang juga diterima dan Ibnu Abbas ra dia berkata: "Nabi
Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat kaum laki-laki yang
berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan laki-laki,"
(HR. Al-Bukhari) wanita yang berpe-nampilan seperti laki-laki artinya
yang meniru-niru laki-laki dalam berpakaian dan penampilan. Adapun
meniru dalam hal ilmu dan pemikiran maka hal itu terpuji.
Dari Salim Bin
Abdullah dari bapaknya, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah
Shallallaahu alaihi wa Sallam : "Ada tiga golongan manusia yang tidak
akan dipandang oleh Allah Azza Wajalla pada hari kiamat: Orang yang
durhaka kepada orang tua, wanita yang menyerupai laki-laki, dan Dayuts
(orang yang tidak punya rasa cemburu Pent.)" (HR. An-Nasai) Beberapa
bentuk penyerupaan wanita terhadap laki-laki Banyak sekali bentuk
penyerupaan wanita terhadap laki-laki.
|
|
|
|
|
|
|
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
"Jika
salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur
sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika
mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia
sedang mencaci dirinya sendiri."
Hadis
ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan
kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas
Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan
berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana
kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang
bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji
tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia
and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada
manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika
telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri
di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan
kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: 5 Syarat Hendak Buat Maksiat |
|
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku
mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!"
tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: 10 AMALAN YANG TERBALIK |
|
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: siapakah kita?? siapa... yaa..?? |
|
Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di
beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan
itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah
segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan
manusia yang sombong diri.
Siapakah
orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah
orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2
kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah
orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah
orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak
akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang
dengan kemaksiatannya.
Siapakah
orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.
Siapakah orang yang
bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Kesempurnaan Diri Muslim |
|
HADIS MUTHAHHARAH
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid
Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada
Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai
Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya
engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan
akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang
engkau kehendaki :
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana
engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
|
|
|
|
|
|
| MOTIVASI: Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa? |
|
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Sedekah Yang Paling Murah |
|
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari
pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya,
rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap,
saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya
juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu
malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu
dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang
miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat
orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan
memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan
diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak
pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Tajdid Iman: Harta uji keimanan manusia |
|
 Kekayaan, kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat
HATI
siapa takkan tertarik melihat kemilau dunia berada di depan mata.
Tangan pasti segera mengambil harta benda yang boleh mendatangkan
kenikmatan. Perhiasan pula dipakai untuk menunjukkan darjat yang tinggi
dan gelaran orang kaya akan jadi sebutan orang ramai. Indahnya dunia
bagi si kaya.
Al-Qarni pernah menulis mengenai perbezaan antara si kaya
dan miskin dengan menyatakan: "Orang kaya yang pendiam dipuji manusia
sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang
pendiam dikata bodoh dan lembap. Orang kaya yang banyak bercakap
digelar cerdik dan pintar, manakala orang miskin yang banyak cakap
dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang
banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula
dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap
lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra
pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain."
Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.
Allah sudah menggariskan takdir setiap manusia
ketika dia masih dalam perut ibunya. Hakikatnya, kaya dan miskin akan
menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang
iman dan yang miskin pula kuat imannya ataupun sebaliknya.
Mungkin dulu saat tidak ada duit banyak kita sering gelisah
dan marah dengan takdir Allah, apabila duit banyak pula, lupa daratan
dan tidak tahu bersyukur. Boleh jadi juga, ketika susah dekat dengan
Tuhan tetapi apabila hidup senang tidak sempat pula menikmati ibadat
sebab terlalu sibuk.
Semua itu adalah pilihan masing-masing. Allah berhak menguji iman hamba-Nya dengan kekayaan atau kemiskinan.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Hadis palsu menyesatkan umat |
|
 Dalam sebuah risalah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), ajaran sesat didefinisikan sebagai apa jua ajaran atau amalan
yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa
ajaran tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran
Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan sunah serta
juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah. (Mustafa Ab.
Rahman & rakan-rakan, Mengenal ajaran sesat di Malaysia, Jakim,
2000, hal: 1).
Risalah yang sama juga ada menyebutkan bahawa antara ciri-ciri
ajaran sesat itu ialah ia tidak berdasarkan nas-nas syarak sama ada
al-Quran atau pun hadis tetapi berdasarkan kepada cerita rekaan,
dongeng, khayalan karut, kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam. (Ibid, hal: 10).
Tidak dinafikan lagi bahawa hadis-hadis palsu yang digunakan dalam
epistemologi Islam adalah termasuk dalam kategori cerita rekaan dan
dongeng. Tetapi, malangnya di negara kita Malaysia, fenomena penggunaan
hadis palsu dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu
yang tidak bertanggungjawab masih berleluasa.
Note: Dipetik dari:- Utusan Malaysia Online
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Zakat menyucikan harta |
|
 AMBILLAH (wahai Muhammad) dari mereka bahagian sedekah yang
membersihkan diri mereka dan menyuburkan harta mereka, dan berdoalah ke
atas mereka, sesungguhnya doamu itu memberi ketenteraman kepada mereka,
dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. (at-Taubah: 103)
HURAIAN
Allah s.w.t. dalam ayat ini memerintahkan Rasulullah s.a.w. memungut
zakat dari umatNya untuk menyucikan dan membersihkan mereka dengan
zakat itu, harta yang diambil terdiri dari jenis wang tunai (emas dan
perak), haiwan ternakan, harta peninggalan, buah zan, bijian, galian,
harta terpendam untuk dijadikan sedekah fardu (zakat) dengan mengikut
kadar dalam hukum zakat, ini bertujuan untuk membersihkan diri dari
sifat mazmumah seperti tamak dan kejam terhadap orang-orang miskin.
Selain itu bertujuan untuk menyucikan diri hingga mencapai kebahagiaan
dunia dan akhirat.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Haram menganiayai isteri |
|
 SYEIKH al-Maraghi berkata: Selepas Allah menerangkan cara talak yang
disyariatkan serta bilangannya, maka disebut di sini apa yang wajib
dalam bermuamalah dengan perempuan yang diceraikan, dan apa yang
dilarang serta peringatan atas perbuatan yang bertentangan.
Seterusnya menunjukkan kepada maslahah dan hikmah dalam menyuruh
demikian itu dengan yang baik dan melarang daripada kemungkaran. Firman
Allah Taala seperti berikut:
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka
(hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk)
dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan
janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi
mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan
sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya
dirinya sendiri.
Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai
ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan
kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu
Kitab (al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu
dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 231)
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Bermesraan Ala Rasulullah |
|

Bermesraan, itulah yang membuat hubungan suami-isteri terasa indah dan nikmat. Caranya?
Dalam berkomunikasi, ada dua jenis lambang yang boleh dipergunakan, iaitu lambang verbal dan lambang non verbal. Menurut penelitian Profesor Birdwhistell, maka nilai aktiviti lambang verbal dibanding non-verbal adalah 35:65. Jadi, justru lambang non verbal yang lebih efektif dalam menyampaikan pesan.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah |
|
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: 6 perkara Allah sembunyikan |
|
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Keajaiban Al-Quran |
|
kizsari writes "The Miracles of Al Quran-Sebagai bukti bahawa tidak mungkin adanya kesilapan dalam AlQuran Keajaiban Al Quran Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: "
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: NYAHTOKSIK DLM RAMADHAN |
|
kizsari writes "
BERPUASA pada bulan Ramadan merupakan satu ibadat asas dari segi kerohanian seorang Islam kerana ia adalah salah satu daripada lima tiang agama Islam. "
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Ikut Dalil dan Fakta, Buang Taklid Buta |
|
Anonymous writes "Islam adalah agama yang bina
di atas hujah dan dalil.
Sumber ajaran yang agung Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tiada Islam tanpa
hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan
dengan agama yang suci ini.
Islam adalah agama Allah yang Maha Mencipta Lagi Maha Mengetahui. Justeru
itu, mustahil terdapat dalam ajaran Islam sesuatu yang menyanggahi fakta yang
benar dan hakikat ilmiah. Apa sahaja pendapat yang menggunakan nama Islam,
namun tidak berpaksi hujah dan dalil dari al-Quran atau al-Sunnah, maka ianya
bukan ajaran Islam sekalipun yang memberikan pendapat itu menyangkut kan pada
dirinya berbagai gelaran agama, atau memakai bermacam pakaian yang dikaitkan
dengan agama. Demikian juga, apa sahaja pandangan yang dikaitkan dengan Islam
jika terbukti secara realitinya bercanggah dengan hakikat alam atau fakta sains
yang pasti, atau kemaslahatan hakiki insan secara nyata maka ianya juga bukan
dari ajaran Islam sama sekali.
"
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? |
|
alexanderwathern writes " 
Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA?
Selamat datang Ramadhan. Sepanjang bulan puasa ini, biasanya ilmu, iman dan amal kita meningkat. Bagi orang-orang yang berfahaman tasauf, bulan ini lebih dimanfaatkan untuk meningkatkan kecintaan mereka kepada Khaliq dan mengharapkan kasih sayang Khaliq kepada mereka bertambah-tambah, lebih daripada biasa. Bagi orang-orang yang berfahaman fiqh pula, Ramadhan lebih dimanfaatkan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya pahala dan mendekatkan jarak mereka dengan syurga dan nikmat-nikmatnya sehampir mungkin. Tidak kira anda dari golongan yang mana, kedua-duanya bagus.
"
Note: terima kasih alexanderwathern
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: IKHTILAD DALAM ISLAM |
|
 sekadar hiasan
Ta’rif Ikhtilad :
Perhimpunan yang melibatkan bilangan beberapa orang lelaki bersama-sama wanita dalam suatu tempat. Ianya merupakan perkara yang memang berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: 10 Wasiat Imam Syafie |
|
SEBELUM Imam Syafie pulang
ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat
Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Sabda Rasulullah s.a.w |
|
 Memberi makan orang berpuasa DARIPADA Zaid bin Khalid
(ra.)katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Siapa yang memberi
makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) adalah pahalanya seperti
pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya
sedikitpun. (RiwayatTarmizi)
Huraiannya:
Dalam hadis ini, Rasulullah menggalakkan supaya menjamu makan kepada
orang berpuasa untuk berbuka kerana pahalanya sama dengan ibadat puasa
mereka yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun.
Ini adalah semata-mata limpah kurnia daripada Allah s.w.t. kepada
mereka yang suka mengadakan jamuan pada bulan Ramadan untuk membantu
mereka yang sedang melakukan ibadat puasa tersebut.
Kesimpulannya:
Allah akan memberi pahala dan ganjaran yang besar kepada mereka yang
menyedia atau membuat jamuan untuk berbuka puasa. Satu-satu ibadat yang
dipilih-Nya untuk diri-Nya sahaja .Dan berjanji untuk memberi
balasannya.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Puasa sihatkan badan |
|
 Bersama: MOHD. YUSOF ABAS SOALAN: Apakah faedah atau kebaikan
yang didapati daripada amalan ibadat puasa? Adakah puasa benar-benar
boleh menyihatkan badan?
– Yakub Ibrahim, Pontian Johor.
JAWAPAN: Ibadat puasa adalah satu amalan yang diakui banyak
faedahnya sejak turun-temurun. Ianya difardukan ke atas umat yang
terdahulu, malah ramai yang mengamalkan puasa untuk menjaga kesihatan
masing-masing. Sebab itu Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Bahawa kamu
berpuasa itu adalah lebih baik untuk kamu kalau kamu tahu. (al- Baqarah
184).
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Tidak ada nikah batin |
|
 Bersama: DR. AMRAN KASIMIN SOALAN: Saya amat bersyukur kerana
suami saya berubah untuk mengerjakan sembahyang dan berwirid begitu
khusyuk kelihatannya. Selama ini, ia terlalu jarang sembahyang, jauh
sekali hendak sembahyang sunat. Selain tidak mempunyai latar belakang
agama, kerjanya begitu renyah, menjual sayur di pasar.
Adalah menjadi masalah dan persoalan kepada saya apabila ia terlalu
berahsia ke mana ia pergi setiap minggu atau dua minggu sekali.
Kata-katanya selalu memperkatakan tentang Tuhan atau tauhid dan ilmu
sufi. Gurunya didakwa mempunyai makam tinggi, berlainan dengan orang
lain, menyebabkan sebahagian daripada gajinya diberikan kepada gurunya.
Ketika berbual, dia juga ada menyentuh tentang “nikah batin” yang
saya pernah dengar, tetapi tidak faham. Adakah suami saya ini melakukan
ajaran sesat?
– Aminah, Terengganu.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: KAJIAN FEQH SYURA MENURUT PERSPEKTIF SYARA’ |
|
Disediakan oleh: Fakhrurazi Ghazali Fakulti Syariah Wal Qanun (Syariah Islamiah)
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله
Abstrak: Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat Islam. Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di dalam menghadapi sesuatu cabaran dan tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Peranan ibu bapa melatih anak-anak berpuasa |
|
 Oleh: NAZMI ADAIRUS
Orang kita seringkali mengungkapkan pepatah, melentur buluh biarlah
daripada rebung bagi menggambarkan keberkesanan pendidikan kanak-kanak.
Pentarbiahan yang berjaya terhadap generasi muda hendaklah dimulakan
dari peringkat kecil lagi.
|
|
|
|
|
|
| |