Darul Bayan .:::PORTAL ANEKA GENRE ANDA::.
  Login or Register
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
UNDI DARULBAYAN
Azharian's Topsite AL-AZHAR STUDENT TOPSITESMy Topsites 50 Fuiyoo Portal Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites
 
ONLINE
 

Featured Links: Free PHP-Nuke Portal @ Entrance to Medical Schools
Darul Bayan .:::PORTAL ANEKA GENRE ANDA::.: motivasi

Search on This Topic:   
[ Go to Home | Select a New Topic ]

MOTIVASI: TIPS MENGESAN KECURANGAN PASANGAN
motivasiKita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada? Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.

Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.
Posted by tanjong on Saturday, December 01 @ 22:26:40 EST (3887 reads)
(Read More... | 12033 bytes more | 647 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: Sifat Panas Baran
motivasiPanas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Posted by tanjong on Wednesday, November 28 @ 22:46:34 EST (4070 reads)
(Read More... | 7764 bytes more | 625 comments | MOTIVASI | Score: 5)
MOTIVASI: Fahami fikiran anak apabila mendidik
motivasiMENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu bapa yang tidak berpendirian.

Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.

Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.

Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.
Posted by tanjong on Thursday, November 22 @ 04:31:45 EST (793 reads)
(Read More... | 6656 bytes more | 426 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: Mengatasi Tekanan Perasaan
motivasi

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.

Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.



Note:

Dipetik Daripada http://www.geocities.com/mechanicolet/lite/liteintro3.htm

Posted by surini on Tuesday, November 06 @ 23:14:26 EST (21457 reads)
(Read More... | 7244 bytes more | 20996 comments | MOTIVASI | Score: 3)
MOTIVASI: MEMPERBAIKI INGATAN ANDA
motivasi

Sebagai seorang pelajar, anda perlu mempunyai ingatan yang baik. Jika tidak, sukar bagi anda menjawab soalan peperiksaan ataupun ujian.

Bagi mengatasi masalah tersebut, saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh anda ikuti sebagai panduan.

1. Pastikan kenapa anda perlu mengingati sesuatu dan cuba arahkan. kuasai dan fahami tuiuan serta sebab-sebab anda belajar.

Selalu ingatkan diri sendiri tujuan sebenar belajar dan yang penting sebabnya mestilah kuat dan jelas.

Posted by surini on Sunday, November 04 @ 05:37:29 EST (530 reads)
(Read More... | 4659 bytes more | 384 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: Diburu Atau Pemburu Cinta
motivasiAndainya kamu mahukan perhubungan berkekalan ingatlah jangan terlalu suka'menyerah' . Bi arlah sesekali dia menjadi cemburu cintamu.

Jarang yang kita temui kasih sayang sejati yang seimbang. Adakalanya si gadis yang tergila-gilakan si lelaki begitu juga sebaliknya. Hakikatnya cinta salah seorang itu lebih mendalam. Kita sering dibisikkan bahawa cinta adalah kombinasi dua hati dan kasih sayang yang sama-sama berkongsi segalanya. Tapi cuba lihat sekelilingmu atau dirimu sendiri. Apakah kamu bertemu dengan pasangan yang sedemikian? Kebanyakan perhubungan lebih tertumpu kepada sebelah pihak sahaja terutamanya di awal pertemuan. Alangkah bagusnya jika si dia yang lebih mencintai kamu dari kamu mencintainya.

Terlalu banyak memberi

Andainya kamu yang lebih mencintainya tentu kamu sanggup melakukan apa sahaja. Lihat sahaja cinta wanita yang diagung-agungkan dalam filem. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan lelaki yang dicintai. Ada yang sanggup meninggalkan harta, pangkat serta darjat keluarga demi seorang lelaki. Begitu besarnya kuasa cinta!

Menurut pakar psikologi, wanita, bila bercinta bukan sahaja memberikan hatinya tetapi perasaan dan jiwa raga. Seluruh jiwa dan raga serta tumpuannya hanya untuk orang yang dicintainya. Biar apa sahaja tohmahan atau sikap buruk si lelaki, baginya semua itu hanyalah omongan kosong orang-orang yang dengki. Baginya si dia langsung tiada cacat cela. Hanya satu sahaja dalam hidupnya iaitu untuk memenangi hati orang yang disukai. Kiranya hanya dia yang bersungguh sebenarnya dia akan kehilangan banyak perkara. Hidup jadi tak keruan. Pasti tiada teman sejati, hobi atau minat tertentu kerana seluruh hidupnya tertumpu kepada si dia.

Si lelaki pula lain halnya. Biasanya mereka lebih pandai mengagih-agihkan ruang hidup membuatkan ia tidak meninggalkan sebarang kesan buat mereka. Lagipun ia sesuatu yang bagus bagi mereka kerana mereka tidaklah "take for granted".

Posted by surini on Friday, November 02 @ 22:06:45 EDT (675 reads)
(Read More... | 9762 bytes more | 385 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: Panduan Mengembangkan Sifat Sabar
motivasi
  • Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  • Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  • Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Posted by surini on Tuesday, October 30 @ 23:37:01 EDT (508 reads)
(Read More... | 3201 bytes more | 381 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: Panduan ke arah keluarga sihat
motivasi

Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, social dan kerohanian

Ciri-ciri keluarga sihat

  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
  • Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
  • Memupuk keselamat emosi
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
  • Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
  • Beriadah bersama
  • Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial

Kepentingan keluarga sihat

Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat

Amalan keluarga sihat

  • Makan secara sihat
  • Bersenam selalu
  • Mengamalkan kesihatan pergigian
  • Menjauhi daripada merokok
  • Mengamalkan kesihatan mental yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
  • Memastikan rumah yang selamat
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial
Posted by surini on Tuesday, October 30 @ 23:04:07 EDT (708 reads)
(Read More... | 17250 bytes more | 373 comments | MOTIVASI | Score: 0)
Petua untuk bagi SUAMI bertambah sayang
motivasikizsari writes "Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penghilatan matanya. Pakailah pakaian yg menarik perhatiannya. "
Posted by surini on Thursday, September 27 @ 04:21:54 EDT (549 reads)
(Read More... | 4286 bytes more | 351 comments | Score: 0)
MOTIVASI: Janganlah Memasukkan Semua Peristiwa Ke Dalam Hati Anda
motivasikizsari writes "Dewasa ini ada sekelompok manusia berasa gundah-gulana dalam diri meraka seolah-olah mereka terlibat dalam perang yang maha dahsyat sedang mereka hanyalah berbaring diatas tempat tidur. Mereka marah hanya dengan kenaikan harga barang, gusar kerana hujan tidak turun dan kelam-kabut tidak tentu hala kerana nilai mata wang susut. Mereka sentiasa berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tidak berkesudahan."
Posted by rx1 on Friday, September 21 @ 01:32:33 EDT (566 reads)
(Read More... | 2018 bytes more | 345 comments | MOTIVASI | Score: 0)
MOTIVASI: PANDAI dan BODOH
motivasikizsari writes "


salam semua..kat sini saya nk bg satu petua. Petua ni sesuai untuk anda yang merasakan dirinya itu lembap atau bodoh.
"
Posted by rx1 on Tuesday, September 18 @ 19:11:25 EDT (496 reads)
(Read More... | 632 bytes more | 343 comments | MOTIVASI | Score: 0)
Hakcipta Terpelihara

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENTADBIRAN DARULBAYAN
Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel
Webmaster: byhulk@yahoo.com

Copyright 2006 Darul Bayan @ Humaizi Enterprise©. All Rights Reserved.
<
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt




PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.33 Seconds

:: fisubgreen phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::