Darul Bayan .:::PORTAL ANEKA GENRE ANDA::.
  Login or Register
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
UNDI DARULBAYAN
Azharian's Topsite AL-AZHAR STUDENT TOPSITESMy Topsites 50 Fuiyoo Portal Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites
 
ONLINE
 

Featured Links: themath.info free webproxy @ Caribbean Medical Schools
BERITA: DOMAIN DAN HOSTING DARULBAYAN
BERITAdarulbayan dalam proses upgrade menggunakan domain dan hosting sendiri.Start hari ini tidak akan ada sebarang update.. dan site ini akan beransur2 ditutup..pada semua pengunjung.. sila register di site baru.. walaupun ia masih dalam pembinaan anda sudah boleh mendaftar di :




http://www.darulbayan.com



JOM DAFTAR SEKARANG !!!!

Posted by darulbayan on Tuesday, December 04 @ 14:32:29 EST (833 reads)
(Read More... | 408 comments | Score: 0)
BERITA: Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia
BERITAJAKARTA 29 Nov — Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain memerlukan hanya tiga minit untuk menyuraikan demonstrasi anti-Malaysia, yang sebelum itu berkobar-kobar dan kononnya akan berlangsung satu tindakan nekat di hadapan kedutaan di sini pagi ini. Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu. “Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara. Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu. Setelah penjelasan yang menggunakan hanya kira-kira 50 patah perkataan sahaja itu, Zainal Abidin terus turun dari pentas itu dan kembali meneruskan tugas di pejabatnya, meninggalkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau.
Posted by tanjong on Thursday, November 29 @ 14:53:10 EST (3849 reads)
(Read More... | 3462 bytes more | 636 comments | Score: 0)
BERITA: Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan
BERITA

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi empat buah lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pengumuman tersebut dibuat setelah Kabinet bermesyuarat hari ini dan ia hanyalah untuk tempoh setahun iaitu pada tahun 2008 sahaja.

``Lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (PROLINTAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) Kerinchi dan Damansara Link,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Ekoran langkah tidak menaikkan tol itu, kata Samy Vellu, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM145 juta, Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM39 juta, SPRINT RM32 juta dan PROLINTAS sebanyak RM26 juta.

Kerajaan juga katanya, perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta bagi tahun 2008 kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60.

Posted by tanjong on Wednesday, November 28 @ 15:39:36 EST (773 reads)
(Read More... | 2591 bytes more | 421 comments | Score: 0)
BERITA: Pelakon, pengarah Hussein Abu Hassan meninggal
BERITA

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelakon dan pengarah veteran terkenal, Hussein Abu Hassan, 70, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain.

Anak bongsunya yang juga pelakon terkenal, Faizal berkata, beliau menerima panggilan daripada pihak hospital pukul 5.30 pagi ini yang memaklumkan bapanya berada dalam keadaan kritikal.

“Ketika saya dan semua ahli keluarga tiba di hospital kira-kira pukul 6.15 pagi, doktor sedang memberikan bantuan CPR (penafasan) kerana jantung bapa telah terhenti sejak pukul 5.30 pagi lagi,” katanya di sini.

Beliau berkata, apabila bapanya disahkan meninggal dunia, semua ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Mahyon Ismail berada di sini arwah.

Jenazah bapanya dibawa balik ke rumah mereka di Taman Gombak Setia untuk dimandi dan dikapankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak selepas Zuhur ini, katanya.

Faizal berkata, pada malam tadi, beliau bersama isterinya, Suhaila Sulaiman serta anak sulung mereka pergi melawat Hussein di hospital, dan arwah kelihatan ceria serta boleh bergurau dengan cucunya itu.

Posted by tanjong on Monday, November 26 @ 01:36:23 EST (881 reads)
(Read More... | 2989 bytes more | 432 comments | Score: 0)
BERITA: Himpunan 10 November:VCD '100,000 sahut cabaran PM' laris!
BERITAKUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Walaupun sudah lebih seminggu berlalu, namun cerita dan cakap-cakap tentang himpunan rakyat 10 November masih menjadi kedengaran dan bualan umum termasuk di luar negara malah apa jua produk yang berkaitan, juga turut mendapat perhatian.

Terbaru, dilaporkan VCD '100,000 sahut cabaran PM' yang memaparkan rakaman perhimpunan aman tempoh hari telah dijual dengan laris sekali di antara harga RM5.00-10.00 laksana 'pisang goreng panas' di pelbagai premis perniagaan tertutama di pasar malam.

Tinjauan mendapati di pasar malam Keramat AU2 semalam,orang ramai mengerumuni sebuah tapak niaga yang menayangkan secara percuma VCD tersebut bagi tujuan promosi dan rata-ratanya terdiri daripada mereka yang turut menghadiri himpunan tersebut termasuk yang tidak berpeluang menyertainya.

Dalam pada itu beberapa orang turut 'menganalisis' dan memberi respon bagaimana media di negara ini telah mengaburi dan menyembunyikan fakta daripada rakyat dengan menyatakan jumlah yang hadir hanya sekitar 4,000 sahaja sedangkan VCD tersebut menayangkan sebaliknya.


Posted by tanjong on Friday, November 23 @ 06:56:45 EST (785 reads)
(Read More... | 2939 bytes more | 425 comments | Score: 0)
BERITA: Saintis UPM temui bahan ganti petrol, diesel
BERITA

SERDANG 23 Nov — Seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui bahan api alternatif daripada biji buah `Egusi Melon’ yang berpotensi menghasilkan minyak petrol dan diesel.

Ketua Makmal Kajian Tenaga (AREL) dari Institut Tenaga Maju UPM, Prof Madya Dr Nor Mariah Adam yang membuat penemuan itu berkata, bahan tenaga itu menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah egusi yang berasal dari Afrika.

Katanya, penemuan kali pertama di dunia itu dijangka dapat mengurangkan kos petrol sebanyak 20 peratus dan diesel 10 peratus, malah jurangnya lebih ketara jika harga bahan api tersebut meningkat.

“Minyak ini berpotensi untuk dijadikan minyak petrol dan diesel kerana sifatnya lebih ringan, proses penuaian minyak mudah dan ekonomik berbanding minyak sawit dan jathropa yang telah dijadikan bio-diesel,” katanya ketika menunjukkan hasil kajiannya kepada Bernama.

Beliau berkata, kajiannya mendapati lemak tepu dalam minyak egusi adalah rendah, selain bersifat mudah cair dan boleh meningkatkan pembakaran.

Katanya, sebelum minyak tersebut dijadikan petrol dan diesel, minyak itu perlu dicampur dengan beberapa pemangkin yang sesuai untuk mendapatkan stabilitinya.

Beliau berkata, potensi kajiannya mempunyai masa depan yang cerah kerana spesies tanaman melon mudah ditanam di negara ini dan boleh mencapai tahap kematangan dalam tempoh tiga bulan.

Posted by tanjong on Friday, November 23 @ 06:52:20 EST (3654 reads)
(Read More... | 2997 bytes more | 637 comments | Score: 0)
BERITA: Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental
BERITA

SUNGAI PETANI 22 Nov. - Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.

“Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

Posted by tanjong on Thursday, November 22 @ 12:39:49 EST (719 reads)
(Read More... | 2527 bytes more | 423 comments | Score: 0)
BERITA: Kecederaan Dr Faiz tak jejas peluang ke angkasa
BERITA

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kecederaan serius tangan kiri angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang memerlukan lebih 100 jahitan, tidak akan menjejaskan peluang beliau untuk ke angkasa lepas nanti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun kecederaan Dr Faiz agak serius dan beliau kehilangan banyak darah, tetapi beliau dijangka pulih seperti sedia kala.

“Alhamdulillah pembedahan yang dilakukan berjaya menyelamatkan tangannya dan doktor yang merawat Dr Faiz yakin beliau boleh menjalankan tugas sebagai doktor pergigian dan angkasawan negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dr Faiz di Pusat Perubatan Gleneagles di sini.

Malaysia mendapat tawaran daripada Agensi Angkasa Persekutuan Rusia untuk menghantar angkasawan kedua negara ke angkasa lepas pada penghujung tahun 2010 atau awal 2011.

Dr Faiz cedera di tangan kirinya akibat diserang oleh dua lelaki yang cuba menyamun rakannya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Ampang di sini, awal pagi semalam.

Apabila seorang daripada penyerang mengacukan parang ke leher rakannya, Dr Faiz cuba membantu rakannya itu dengan menyerang lelaki terbabit, menyebabkan lelaki itu menghayunkan parang ke muka Dr Faiz, tetapi ditepis Dr Faiz dengan tangan kirinya.

Posted by tanjong on Thursday, November 22 @ 04:27:29 EST (707 reads)
(Read More... | 2467 bytes more | 423 comments | Score: 0)
BERITA: ‘Budak biru’ perlu bantuan segera
BERITA

MUHAMMAD Alif Syahizan pesakit jantung bersama ibu bapanya, Rokiah Awang dan Syahizan Awang Kechik mohon bantuan orang ramai untuk membiayai perbelanjaan rawatan perubatan di Institut Jantung Negara ketika ditemui di pejabat Utusan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH 20 Nov. – Seorang ibu yang tidak sanggup lagi melihat penderitaan anaknya Muhammad Alif Syahizan, 2, penghidap penyakit saluran jantung tersumbat, hari ini merayu orang ramai menghulurkan bantuan bagi membiayai kos pembedahan kanak-kanak itu.

Ini kerana, suri rumah itu, Rokiah Awang dan suaminya, Syahizan Awang Kechik, 30, bukan sahaja tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan sebanyak RM20,000 malah tarikh untuk pendaftaran pembedahan juga semakin suntuk iaitu pada 12 Disember ini.

Rokiah memberitahu, keadaan kesihatan anaknya semakin kronik apabila sering berubah menjadi pucat manakala wajah, tangan serta kakinya bertukar kebiru-biruan akibat masalah itu.

‘‘Keadaannya semakin kritikal. Muhammad Alif mesti mengalami demam beberapa hari setiap bulan dan setiap hari pula anggota badannya mesti menjadi biru beberapa ketika akibat masalah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rokiah dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah berkata, anak tunggalnya itu juga sering menangis menahan kesakitan di bahagian jantung terutama pada waktu malam dan mengalami sawan sekiranya banyak bergerak atau aktif bermain.

Posted by tanjong on Tuesday, November 20 @ 14:19:43 EST (746 reads)
(Read More... | 3753 bytes more | 423 comments | Score: 0)
BERITA: Sistem rekod kehadiran pelajar guna MyKad diperkenalkan
BERITA

PORT DICKSON 20 Nov. – Perkhidmatan SMS Sekolah yang dibangunkan oleh Mypressto.com Sdn. Bhd. yang antaranya berperanan mengekang masalah disiplin pelajar, kini dilengkapi ciri tambahan iaitu merekodkan kehadiran menggunakan MyKad.

Ini bermakna, pelajar hanya perlu menyentuh MyKad pada mesin pengimbas sejurus tiba di sekolah bagi membolehkan ibu bapa yang melanggan perkhidmatan itu dengan bayaran RM3 sebulan mengetahui status kehadiran anak mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ketua Pegawai Operasi Mypressto.com, Junairi Jauhari berkata, pelajar terbabit juga perlu mengimbas MyKad masing-masing apabila pulang dari sekolah dan ibu bapa mereka pula akan menerima makluman SMS mengenai perkara itu.

Katanya, ia juga mengurangkan beban guru yang terpaksa menanda kehadiran murid dalam perisian program SMS Sekolah dan juga buku kehadiran.

“Ini merupakan penambahbaikan khidmat SMS Sekolah yang kini digunakan oleh 1,700 buah sekolah di seluruh negara, ciri-ciri tambahan akan diperkenalkan pada setiap masa selari dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

“Sebagai permulaan, sebanyak 10 buah sekolah di seluruh negara akan dilengkapi dengan sistem ini, kita akan tempatkan empat buah mesin pengimbas yang dipantau kamera litar tertutup (CCTV) pada setiap sekolah,” katanya di sini hari ini.

Posted by tanjong on Tuesday, November 20 @ 14:17:21 EST (3802 reads)
(Read More... | 2610 bytes more | 648 comments | Score: 0)
BERITA: Kecurian pengenalan diri bimbangkan ramai rakyat
BERITA

PETALING JAYA 20 Nov. - Kaji selidik oleh sebuah syarikat teknologi maklumat antarabangsa baru-baru ini menunjukkan bahawa tiga aspek berkaitan keselamatan diri merupakan perkara yang paling membimbangkan rakyat Malaysia.

Kaji selidik oleh Unisys Security Index itu mendedahkan bahawa kegiatan mencuri pengenalan diri, penipuan kewangan dan jangkitan penyakit merupakan tiga perkara yang paling membimbangkan mereka.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Unisys Asia South, Scott Whyman berkata, kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat negara ini ialah keselamatan penerbangan.

Katanya, kaji selidik itu dibuat dari 15 hingga 30 September dan melibatkan 1,016 responden berusia antara 18 dan 64 tahun.

Beliau berkata, kira-kira 78 peratus responden amat bimbang tentang kecurian pengenalan diri, 74 peratus tentang penipuan kewangan terutama perbuatan mencuri maklumat peribadi dalam kad kredit dan kad debit, manakala 72 peratus lagi tentang jangkitan wabak.

Posted by tanjong on Tuesday, November 20 @ 14:15:38 EST (632 reads)
(Read More... | 2074 bytes more | 428 comments | Score: 0)
BERITA: Murid kecewa keputusan UPSR dipercayai bunuh diri
BERITA

NIBONG TEBAL 18 Nov — Dalam kegembiraan murid-murid dengan kejayaan cemerlang mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, terdapat juga murid yang sedih dengan keputusan mereka yang tidak memuaskan.

Inilah yang dialami oleh S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah dekat sini.

Dia yang sebelum ini menjangkakan untuk mendapat 4 A hanya memperolehi 4 B, 2 C dan 1 D.

Semalam, tanpa diduga oleh keluarganya, Subashini dijumpai tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya dengan sehelai kain selimut.

Anak kedua dari lima beradik ditemui oleh kakaknya selepas dia didapati tidak keluar bermain-main dengan adik beradiknya yang lain.

“Pagi itu dia macam biasa, makan bersama kami, kemudian dia tengok televisyen dan bermain-main dengan adik-adiknya.

“Kira-kira pukul 1.40 petang, kakak dia masuk bilik dan nampak dia tergantung dengan kain selimut di tingkap. Tapi masa itu dia masih bernyawa lagi lalu kami terus bawa dia ke Hospital Sungai Bakap,” kata bapanya G. Sivakumar, 36, di rumahnya di kuaters Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Changkat, Sungai Jawi di sini hari ini.

Posted by tanjong on Sunday, November 18 @ 13:46:39 EST (557 reads)
(Read More... | 2742 bytes more | 413 comments | Score: 0)
BERITA: UPSR: 5A bukan jaminan ke asrama penuh
BERITA

KUALA KANGSAR 17 Nov. – Kejayaan 48,400 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini belum menjamin tempat mereka di sekolah berasrama penuh (SBP).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom menjelaskan, ini kerana kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi untuk ke SBP malah setiap calon juga mesti cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

‘‘Memang saya jangka akan berlaku satu persaingan hebat bagi mendapatkan tempat ke SBP kali ini kerana jumlah yang dapat 5A terlalu ramai.

‘‘Bagaimanapun, kita sudah ada syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon jika mereka mahu masuk ke mana-mana SBP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan buku rujukan sempena Kempen Meningkatkan Ilmu Pengetahuan di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) yang menaja buku terbitan Utusan Publications & Distributors bernilai RM27,000 untuk diedarkan ke sembilan buah sekolah luar bandar di negeri ini.

Posted by tanjong on Saturday, November 17 @ 22:02:57 EST (561 reads)
(Read More... | 2896 bytes more | 423 comments | Score: 5)
BERITA: Awang Sariyan pemegang pertama Kursi Melayu di China
BERITA

BEIJING 16 Nov. - Tokoh bahasa, Prof Dr Awang Sariyan, dilantik sebagai pemegang pertama Kursi Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing (BSFU) mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed yang kini berada di China mengesahkan pelantikan itu ketika melawat BSFU semalam.

“Dr Awang dijangka tiba di Beijing Januari depan dan ini akan memantapkan hubungan BSFU dengan dunia akademik Malaysia serta membantu perkembangan Bahasa Melayu di China,” kata Mustapa.

BSFU yang ditubuhkan 66 tahun lepas adalah pusat utama pengajian bahasa asing di China dan telah memulakan kursus Bahasa Melayu sejak 1961 dan Pusat Pengajian Melayu pada 2005.

“Kami menunggu-nunggu pelantikan ini selama 10 tahun. BSFU membuat cadangan Kursi Melayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjawat Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1996,” kata pengarah Pusat Pengajian Melayu Prof Wu Zong Yu.

Dr Awang, yang dilahirkan di Pontian, Johor, pada Oktober 1953 dan kini professor di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Malaya, akan bersama BSFU untuk tempoh dua tahun.

Pusat itu juga mempunyai seorang pakar dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Norshabihah Ahmad, dan 47 penuntut tempatan yang mempelajari kursus empat tahun sebelum dianugerahi ijazah pengajian Melayu.

Posted by tanjong on Friday, November 16 @ 06:43:24 EST (542 reads)
(Read More... | 3206 bytes more | 414 comments | Score: 0)
BERITA: Wanita dijumpai mati ditikam dalam tandas Plaza Warisan
BERITA

KUALA LUMPUR 14 Nov — Seorang wanita dijumpai mati ditikam di dalam tandas Plaza Warisan, Jalan Tun H S Lee di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah berkata, pemeriksaan awal mendapati Norleha Mohamad, 35, yang berasal dari Perak, mengalami kecederaan teruk di leher akibat ditikam dengan objek tajam.

Beliau berkata, mayat Norleha yang berpakaian jaket hijau, kemeja-t kuning dan seluar biru gelap, dijumpai pada 11.30 pagi oleh seorang pengunjung pusat beli belah itu dalam keadaan tertiarap di tingkat empat kompleks itu.

“Pada mulanya pengunjung tersebut menyangka mangsa pengsan, dan memanggil pegawai keselamatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ku berkata, motif pembunuhan belum dikenal pasti tetapi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit wanita itu didapati hilang.

Beliau berkata, tandas itu terletak agak tersorok malah di sebelah tandas juga ada lif yang memungkinkan pembunuhnya lari dengan mudah.

“Jadi mungkin pembunuhnya turun melalui lif itu tanpa sesiapa pun sedar. Tambahan tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan ini,” katanya.
Posted by tanjong on Wednesday, November 14 @ 10:30:40 EST (515 reads)
(Read More... | 408 comments | Score: 0)
BERITA: Guru disiplin ajar 20 waktu seminggu 2008
BERITA

KOTA BHARU 13 Nov. – Jumlah waktu mengajar bagi guru disiplin di sekolah akan dikurangkan kepada 20 waktu seminggu bermula sesi persekolahan awal tahun depan, bagi membolehkan mereka memberi tumpuan dalam mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, bagaimanapun masa mengajar bagi mereka akan disesuaikan dengan jumlah tenaga pengajar di setiap sekolah untuk memastikan tiada guru lain yang dibebankan dengan tambahan jumlah waktu.

Menurutnya, sehingga kini, kira-kira 10,000 guru disiplin termasuk setiausaha disiplin ditempatkan di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang akan memikul tanggungjawab besar ini.

“Sepanjang pengecualian itu, mereka akan turut memberi tumpuan mengumpulkan maklumat mengenai pelajar yang selalu menghadapi masalah disiplin dan kaedah untuk membendung masalah itu dari menular.

“Selain itu menjadi pengantara bagi mengadakan pertemuan dengan kaunselor dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapat mengalihkan minat pelajar daripada terjebak dengan masalah disiplin,” katanya.

Posted by tanjong on Wednesday, November 14 @ 03:05:08 EST (525 reads)
(Read More... | 2658 bytes more | 410 comments | Score: 0)
BERITA: Doakan anak saya – Jasni
BERITAKUALA LUMPUR 13 Nov. – Siti Salmah Jasni, 18, yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak 2 November lalu hari ini dilaporkan bertambah kritikal dengan tekanan darahnya juga menjadi semakin rendah.

Justeru bapanya, Jasni Zainal, 52, berharap agar masyarakat umum terus mendoakan agar Siti Salmah mempunyai harapan untuk pulih.

Utusan Malaysia difahamkan, keadaan itu sebenarnya sudah terjadi sejak dua hari lalu dan tahap kesihatannya tidak banyak berubah sejak dia berada di unit rawatan rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

“Keadaannya minggu ini agak kritikal. Tekanan darahnya semakin rendah dan itu menjadikannya semakin kritikal.

“Apa yang terjadi kepadanya mungkin komplikasi risiko yang berlaku selepas setiap pembedahan besar,” ujarnya.

Posted by tanjong on Wednesday, November 14 @ 03:03:03 EST (530 reads)
(Read More... | 411 comments | Score: 0)
BERITA: Suri rumah dicemari HIV dapat ganti rugi RM450,000
BERITA

ALOR STAR 13 Nov. - Mahkamah tinggi di sini hari ini memerintahkan agar seorang suri rumah dibayar ganti rugi sebanyak RM450,000 setelah disahkan beliau menerima darah mengandungi Virus "Human Immunodeficiency" (HIV) di Hospital Jitra tujuh tahun lepas.

Timbalan Pendaftar, Ruzita Md Lazim mengeluarkan keputusan itu dalam kamar dengan memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi tersebut termasuk kos dan faedah, ganti rugi am bagi trauma psikologi, kesakitan dan penderitaan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi ganti rugi teruk dan teladan.

Pada 2000, suri rumah, Bashah Mustaffa sebagai plaintif pertama menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM100 juta serta ganti rugi khas, kos perbicaraan dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, jumlah itu dikurangkan kepada RM3.2 juta tahun lepas berikutan perubahan trend mahkamah memberi ganti rugi berjumlah besar.

Bashah, 54, dari Kampung Padang Pekan, Jitra, dalam saman terhadap kerajaan menuntut RM2 juta sebagai ganti rugi am, RM500,000 ganti rugi teruk dan RM750,000 sebagai ganti teladan.

Posted by darulbayan on Tuesday, November 13 @ 18:41:24 EST (508 reads)
(Read More... | 3232 bytes more | 405 comments | Score: 0)
BERITA: 12 kakitangan awam didakwa BPR ditahan kerja
BERITA

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Dua belas kakitangan awam yang didakwa di mahkamah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan menyeleweng dana awam susulan daripada Laporan Audit Negara 2006, telah ditahan kerja, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memutuskan bahawa empat pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional ditahan kerja serta-merta mulai 5 November lepas sehingga diputuskan oleh mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sepanjang tempoh penahanan kerja itu, keempat-empat pegawai berkenaan dibayar emolumen bulanan 50 peratus.

Mohd Sidek berkata, seorang pegawai Kumpulan Sokongan di Perkhidmatan Awam Persekutuan telah ditahan kerja serta-merta dengan dibayar emolumen 50 peratus, mulai 5 November mengikut peraturan yang sama.

Posted by tanjong on Tuesday, November 13 @ 11:27:36 EST (496 reads)
(Read More... | 2454 bytes more | 403 comments | Score: 0)
BERITA: Penganggur bunuh isteri, biras dihukum gantung
BERITA

SHAH ALAM 12 Nov. – Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh isteri dan biras perempuannya melalui satu kebakaran yang dicetuskan olehnya pada hari Deepavali empat tahun lalu.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee memutuskan hukuman itu terhadap M. Balamurali, 31, selepas beliau mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Balamurali didakwa membunuh isterinya, P. M. Komati, 25, dan birasnya, K. Sareswathy, 24, di lot 10352, Jalan Bunga Melur, Kampung Baru Hicom di sini pada kira-kira pukul 10 malam, 6 November 2002.

Bagi kedua-dua pertuduhan pindaan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Posted by tanjong on Tuesday, November 13 @ 07:23:11 EST (522 reads)
(Read More... | 2908 bytes more | 410 comments | Score: 0)
BERITA: Malaysia wajar guna tenaga nuklear 2020
BERITA

BANGI 11 Nov. – Kerajaan wajar menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif menggantikan minyak bagi menjana elektrik menjelang 2020, kata Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Datuk Dr. Daud Mohamad.

Beliau berkata, jika negara terus bergantung kepada minyak bagi menjana elektrik sedangkan harga komoditi itu terus meningkat, kerajaan pasti tidak ada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tarif elektrik dalam jangka panjang.

‘‘Penggunaan minyak akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif elektrik yang tinggi selain meningkatkan kos operasi sektor perkilangan dan pembuatan,’’ katanya dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Katanya, walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro tetapi tenaga nuklear dilihat alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam.

Posted by tanjong on Sunday, November 11 @ 21:23:01 EST (620 reads)
(Read More... | 3762 bytes more | 396 comments | Score: 0)
BERITA: Pembangkang heret raja-raja ke kancah politik - PM
BERITA

PENAMPANG 11 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

“Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Posted by tanjong on Sunday, November 11 @ 11:23:46 EST (503 reads)
(Read More... | 2267 bytes more | 398 comments | Score: 0)
BERITA: Malaysia, Iran And Turkey Plan To Produce 'Islamic' Cars
BERITATEHRAN, Nov 10 (Bernama) -- Malaysia together with Iran and Turkey plan to produce "Islamic" cars for the global market, according to Proton Holdings Bhd's managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

From an idea mooted by Iran, the proposed cars are expected to have Islamic features such as compass, kiblat reading and compartment for keeping the Al-Quran and scarves.

"What they (Iran) want to do is to call that an Islamic car," he told Bernama on the sidelines of a dinner organised by Multimedia Development Corporation (MDeC) here last night.

"They have identified and proposed three countries -- Iran, Malaysia and Turkey. Why these three countries? I think it's because they are automotive-based," he said.

The dinner was held in conjunction with the visit of Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Mohd Affendi Norwawi, to Iran.
Posted by tanjong on Saturday, November 10 @ 07:26:51 EST (435 reads)
(Read More... | 2481 bytes more | 400 comments | Score: 0)
BERITA: Guru lelaki ditumbuk pelajar
BERITA

KUALA TERENGGANU 9 Nov. – Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Chukai, Kemaman bertindak menumbuk seorang guru di muka beberapa kali selepas rambutnya yang panjang dan diwarnakan ditegur oleh guru berkenaan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, guru lelaki yang berada di pondok pengawal keselamatan sekolah tersebut menegur pelajar lelaki berkenaan ketika remaja itu melangkah masuk ke kawasan sekolah.

Posted by tanjong on Friday, November 09 @ 16:55:20 EST (511 reads)
(Read More... | 975 bytes more | 404 comments | Score: 0)
BERITA: Hidayatullah juara Bilal Muda
BERITA

KUMPULAN Al-Naufan meraikan kemenangan sebagai juara pertandingan nasyid lelaki program ‘Kita Bersama’ Utusan-Mingguan Malaysia Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam.


‘MELENTUR buluh biarlah dari rebung’ adalah bidalan paling sinonim dalam membentuk jiwa kanak-kanak. Meskipun buluh pada hakikatnya tetap mudah dilentur dan dibentuk dengan pelbagai barangan dan hiasan setelah matang dan tua.

Tetapi jiwa dan pembentukan kanak-kanak lebih mudah terangsang dan dicanang pada usia ‘rebung’.

Ketika di peringkat kanak-kanak juga perlu dipupuk dan disemai dengan nilai-nilai positif dalam melahirkan insan bermanfaat pada agama, bangsa dan negara.

Menyedari hakikat tersebutlah, Utusan Melayu (M) Berhad melalui akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia mengadakan pertandingan Nasyid dan Bilal Muda di peringkat sekolah.

Melalui program ‘Kita Bersama’, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam dipilih sebagai lokasi mencungkil bakat dan memupuk nilai keislaman kanak-kanak dalam pertandingan nasyid dan bilal muda itu.

Sepuluh pelajar tahun empat hingga enam dipilih secara rawak untuk diketengahkan bakat mereka melalui pertandingan tersebut.

Posted by tanjong on Friday, November 09 @ 16:51:08 EST (544 reads)
(Read More... | 3827 bytes more | 397 comments | Score: 0)
BERITA: Sistem subsidi dihalusi
BERITA

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk menstruktur semula sistem subsidi bagi memastikan bantuan itu diberikan kepada golongan yang benar-benar layak menikmatinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sehubungan itu kerajaan sedang mengkaji pendekatan terbaik bagi membolehkan subsidi diberikan pada tahap yang difikirkan sesuai kepada golongan sasar terbabit.

‘‘Apa yang penting ialah supaya subsidi diberikan kepada golongan berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukannya. Kalau beri subsidi kepada semua orang tak berapa kenalah,’’ katanya pada sidang akhbar di akhir Perhimpunan Agung UMNO 2007 di sini hari ini.

Presiden UMNO itu sedar langkah penstrukturan semula sistem subsidi mungkin akan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat, namun ia terpaksa dilakukan.

Posted by tanjong on Friday, November 09 @ 15:48:24 EST (483 reads)
(Read More... | 3510 bytes more | 393 comments | Score: 0)
BERITA: Agenda Melayu terus diperjuang – Najib
BERITA

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan parti itu akan terus memperjuangkan agenda Melayu supaya ketempangan bangsa Melayu terutama dalam bidang ekonomi dapat diperbetulkan.

Pada masa yang sama, Najib turut mengingatkan pihak-pihak lain ‘di luar sana’ jangan sesekali menafi atau mempertikaikan hak-hak orang Melayu.

‘‘Bila kita berlaku adil pada orang lain, bila kita tidak ambil hak orang lain, kita tidak nafikan hak kaum lain, jangan ada sesiapa nafikan hak orang Melayu.

‘‘Kita akan terus perjuangkan agenda Melayu supaya ketempangan bangsa Melayu dapat diperbetulkan,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Posted by tanjong on Friday, November 09 @ 15:44:36 EST (507 reads)
(Read More... | 3385 bytes more | 400 comments | Score: 0)
BERITA: UiTM buka pintu untuk pelajar antarabangsa
BERITAUNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) yang beroperasi sejak 51 tahun khusus untuk pelajar Bumiputera kini membuka pintu bagi kemasukan pelajar antarabangsa dalam usaha mengantarabangsakan institusi pengajian tinggi itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah, berkata langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membuka peluang itu kepada pelajar berkenaan.

Setakat ini, beliau berkata, walaupun IPTA lain sudah mula mengambil pelajar antarabangsa, universiti berkenaan mengambil langkah lebih berhati-hati dalam melaksanakannya.

"Seperti IPTA lain, UiTM juga diberikan kuota sehingga lima peratus untuk pelajar antarabangsa, bagaimanapun bagi merealisasikannya, kami tidak akan berkompromi dari segi kualiti mereka.

"Kami akan memastikan kemasukan pelajar terbabit bukan sekadar memenuhi kuota, sebaliknya perlu memenuhi kualiti ditetapkan.
Posted by tanjong on Friday, November 09 @ 08:52:45 EST (532 reads)
(Read More... | 3251 bytes more | 383 comments | Score: 0)
BERITA: Rombak sistem subsidi-Tumpu rakyat miskin- Beri notis awal naik harga minyak
BERITA

Oleh Nor Aziah Jaafar


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Aswad Yahya.

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan merombak sistem pemberian pelbagai subsidi yang menyaksikan kerajaan menanggung perbelanjaan RM35 bilion setahun dan turut pula menguntungkan golongan kaya.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian subsidi yang meliputi komoditi seperti petrol, gas, pertanian, air dan elektrik pada masa ini adalah tidak adil kerana ia tidak sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan sehingga menggalakkan pembaziran.

Beliau menyarankan mekanisme baru dicari supaya pemberian subsidi menjadi lebih adil dan sampai kepada golongan yang disasarkan.

Ketika mengusulkan perkara itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di sini hari ini, beliau berkata, jumlah subsidi RM35 bilion setahun itu jika digunakan untuk pembinaan projek mega boleh membina dua pusat pentadbiran Putrajaya, sembilan buah jambatan baru Pulau Pinang dan 500,000 unit rumah kos rendah.



Note: malaysiaku yang terbilang
Posted by darulbayan on Friday, November 09 @ 02:33:12 EST (513 reads)
(Read More... | 3665 bytes more | 397 comments | Score: 0)
BERITA: Universiti kita terkeluar senarai 200 terbaik dunia
BERITA

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Tiada sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai di kalangan 200 universiti terbaik dunia, berdasarkan penarafan Times Higher Education Supplement (THES) tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mengarahkan semua naib canselor universiti tempatan menjadikan reputasi akademik sebagai strategi utama dalam inisiatif penambahbaikan institusi masing-masing.

Langkah berkenaan perlu dilakukan berikutan 60 peratus markah penilaian penarafan THES adalah berdasarkan penilaian sepakaran (peer review) dan sitasi (citations), katanya dalam satu kenyataan hari ini. Penarafan tersebut dikendalikan syarikat swasta British iaitu Quaquarelli-Symmonds (QS) bagi pihak THES sejak 2004.

Ia berdasarkan unsur-unsur penilaian sepakaran (40 peratus), sitasi (20 peratus), nisbah pensyarah-pelajar (20 peratus), penilaian majikan (recruiter review) (10 peratus), pensyarah antarabangsa (5 peratus) dan pelajar antarabangsa (5 peratus).

Tahun lepas, dua universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

Posted by tanjong on Thursday, November 08 @ 15:04:37 EST (485 reads)
(Read More... | 2673 bytes more | 394 comments | Score: 0)
Hakcipta Terpelihara

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENTADBIRAN DARULBAYAN
Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel
Webmaster: byhulk@yahoo.com

Copyright 2006 Darul Bayan @ Humaizi Enterprise©. All Rights Reserved.
<
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt




PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 2.75 Seconds

:: fisubgreen phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::