Darul Bayan .:::PORTAL ANEKA GENRE ANDA::.
  Login or Register
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
UNDI DARULBAYAN
Azharian's Topsite AL-AZHAR STUDENT TOPSITESMy Topsites 50 Fuiyoo Portal Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites
 
ONLINE
 

Featured Links: Free PHP-Nuke Portal @ Entrance to Medical Schools
CERPEN: Nurul Fatihah
CERPEN

Pagi ini sepatutnya aku ada temuduga.Entah macam mana aku boleh terlewat bangun pagi pun aku tidak tahu.Selalunya aku tidak pernah terlewat bangun.Mulut kecil aku tidak henti-henti mengomel.Sekarang dah nak masuk pukul 10 pagi.Temuduga aku pukul 10.30.Entah sempat atau tidak.Bengang betul aku.

Sesampai aku diperhentian bas aku tengok ramai juga orang yang sedang menunggu di situ.Aku cuba bertanya dengan seorang budak perempuan yang berdiri hampir denganku.

"bas nie belum datang lagi ke ataupun dah terlepas nie dik!!"

"mana gua tahu...gua baru aje datang."jawab budak perempuan itu meninggikan suara.

"amboiiii....garangnya...tanya pun tak boleh ke?Berlagak pula..."balasku geram.Memang pantang aku kalau ditanya,orang jawab dengan kasar begini.

Aku sangkakan dia masih seorang budak rupa-rupanya adalah anak dara yang berlagak jantan.

"hello brother...siapa berlagak haaa...baru datang KL nak tunjuk lawa konon.."

Hairan juga aku macam mana dia tahu aku ni baru datang ke KL.

"hello pompuan...kalau tak mahu jawab jangan banyak cakap pula.Orangnya pompuan tapi nak tunjuk macam jantan...piii dahhh..."aku pula yang naik angin.

Gelagat aku dan budak perempuan tu menjadi perhatian ramai.Aku ingatkan budak perempuan tu dah nak berhenti menyalak,rupa-rupanya dia masih nak sambung lagi.

"apa pompuan....sekali penumbuk gua singgah kat muka lu...baru lu tau!!"

"ehhh...makin menjadi pula pompuan nie.Nie yang nak buat aku hilang sabar nie."getusku didalam hati.

Nasib baik bas datang,kalau tidak siap budak perempuan ni kena penampar aku nanti.Sebaik bas berhenti budak perempuan itu cepat-cepat meluru ke hadapan untuk naik dahulu.

Posted by tanjong on Sunday, December 02 @ 15:36:06 EST (4891 reads)
(Read More... | 45467 bytes more | 641 comments | Score: 0)
CERPEN: Mengapa Harus Cinta
CERPENAku masih bingung.Adakah aku harus menerima cinta Ismail atas dasar kasihan.Perpisahan aku dengan Zul tidak harus aku jadikan sandaran untuk aku menagih cinta baru dengan mudah.Aku sendiri tidak menyedari sejak bila Ismail menyimpan perasaan terhadap aku,walhal dia sendiri tahu sebelum ini aku sudah mempunyai teman lelaki.Ketulusan dan keiklasan Ismail jelas ketara kerana dia sanggup menunggu aku memberikan jawapan.

"kenapalah dia pilih aku..yang aku tahu Midah suka kat dia."pertanyaan aku ajukan kepada teman baikku Ijan.

"Midah tu perasan sendiri ajelah Iza..takkanlah Mail tu main-main.Aku tengok dia betul2 serius terhadap kaulah."jawap Ijan.

"tapi..aku tak pastilah Ijan..takkan demi nak jaga hati dia,aku harus terima saja cinta dia."soalku resah.

Ismail masih menantikan jawapan dariku,namun aku masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti.Ismail kelihatan kecewa tetapi dia tetap akan terus bersabar menantikan jawapan dari aku.

"aku tetap akan menanti jawapan kau Iza."tegasnya bila setiap kali dia bertentang mata dengan aku.

Aku benar2 serba salah tetapi begaimana harus menerima seseorang yang aku tidak cintai.Biarpun kami rakan sekelas,aku tidak menyangka Ismail menaruh hati terhadap aku.Terasa rimas juga aku dibuatnya,memandangkan kami sekelas jadi setiap hari kami akan bersua muka.Ismail tidak henti2 memberi isyarat kepada aku.Sehinggakan aku merasakan tidak selesa dan bosan sekali.
Posted by tanjong on Friday, November 30 @ 12:52:06 EST (979 reads)
(Read More... | 18274 bytes more | 394 comments | Score: 0)
CERPEN: Dia Di Mata Ku
CERPENHari ini aku akan bergelar seorang graduan dan akan menerima segulung ijazah yang amat aku nanti2kan selama ini.Setelah menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran hampir 6 tahun,aku merasakan segala usaha dan harapan aku terlaksana.Dalam pada aku bergembira untuk menghadiri majlis ini, aku terasa amat sedih kerana insan yang telah berkorban untuk aku tiada bersama2ku untuk meraikan kegembiraan aku hari ini.

Setahun yang lalu Khairil yang sering menjadi pembimbing dan sanggup membantu aku di dalam pelajaran telah kembali kepangkuan Yang Maha Esa.Dia banyak membantu aku di kala aku terpaksa meraba2 untuk pergi ke mana sahaja.Aku sememangnya tidak dapat melihat setelah mata aku rosak ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah tamat tingkatan 5.Khairil dan aku berkawan sejak kecil,dialah yang banyak memberi aku semangat agar aku dapat menghadapi kehidupan aku dengan tabah.

Aku juga bercita2 tinggi dan bila aku mendapat tahu aku lulus dengan cemerlang,aku benar2 berharap dapat memasuki pusat pengajian tinggi.Tetapi memandangkan aku tidak dapat melihat,hasrat itu pasti terkubur.Khairil jugalah yang membakar semangat untuk aku agar tidak menyerah kalah.
Posted by tanjong on Tuesday, November 27 @ 14:48:21 EST (901 reads)
(Read More... | 29692 bytes more | 420 comments | Score: 0)
CERPEN: Demi Kerana Cinta
CERPENAdilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3 minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak difikiran Adilla.

"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.

Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan mulai mengganggu emosinya.

"awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2 akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah.

"walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya.

Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.

Posted by tanjong on Monday, November 26 @ 07:54:20 EST (840 reads)
(Read More... | 38564 bytes more | 421 comments | Score: 4)
CERPEN: Seikhlas Kasih Sayang Yang Abadi
CERPENAku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
Posted by tanjong on Sunday, November 25 @ 08:52:41 EST (851 reads)
(Read More... | 7257 bytes more | 423 comments | Score: 5)
CERPEN: Suatu Penyesalan
CERPENSuasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Mahani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Mahani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah

awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya Mahani.
Sebak hati Mahani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Mahani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Mahani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Mahani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Mahani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Mahani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Mahani Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Mahani itu. Mahani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Mahani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Mahani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Mahani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Mahani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Mahani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Mahani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Mahani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Faizal dan yang perempuan akan diberi nama Siti Farhana Balqis. Mahani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Posted by tanjong on Sunday, November 25 @ 06:52:41 EST (932 reads)
(Read More... | 21157 bytes more | 427 comments | Score: 0)
CERPEN: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih Beb
CERPENPejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Posted by darulbayan on Sunday, November 11 @ 21:26:54 EST (563 reads)
(Read More... | 2980 bytes more | 402 comments | Score: 0)
CERPEN: Kisah Mat Rempit
CERPENKisah Si Rempit
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Posted by darulbayan on Sunday, November 11 @ 21:21:36 EST (540 reads)
(Read More... | 4006 bytes more | 401 comments | Score: 0)
CERPEN: memori cinta luka(episod 1)
CERPENkaboo writes "



"Allahuakbar Allahuakabar...".
.menandakan masuknya waktu solat magrib..lantas aku mencapai geret dan bergegas pulang ke rumah selepas penat bermain bola bersama rakan2 di padang sekolah..setibanya di rumah..."Zairul..cepat pegi mandi..solat..lepas ni siap2 pergi tuesyen..jangan malas no.."pekik mak aku dari dapur. Selepas aku menunaikan solat bejemaah bersama familyku..aku menunggu rakan ku..untuk pergi tuesyen bersama -sama. Sebenarnya tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan UPSR.


"


Note: tq kaboo !!
Posted by darulbayan on Friday, September 14 @ 22:06:21 EDT (501 reads)
(Read More... | 4609 bytes more | 340 comments | Score: 0)
CERPEN: Erti Kemerdekaan
CERPENAnonymous writes "

Erti Merdeka

Erti kemerdekaan, hati dan fikiran bebas
"


Note: terima kasih abang kanjeng
Posted by darulbayan on Wednesday, August 29 @ 04:55:25 EDT (412 reads)
(Read More... | 1722 bytes more | 319 comments | Score: 0)
CERPEN: Siti Khadijah
CERPENAnonymous writes "


Wanita istimewa,
Bak mutiara yang bercahaya
Wanita berjiwa permata
"


Note: terima kasih arman
Posted by darulbayan on Wednesday, August 29 @ 04:53:01 EDT (486 reads)
(Read More... | 875 bytes more | 337 comments | Score: 0)
CERPEN: Air mata malam pertama
CERPEN

"Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak
saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.




Posted by botakilmu on Saturday, August 25 @ 03:18:37 EDT (816 reads)
(Read More... | 34253 bytes more | 315 comments | Score: 0)
CERPEN: DEMI CINTA
CERPENWriter : lempeng



Adilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3 minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak difikiran Adilla.
"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.
Posted by darulbayan on Wednesday, August 22 @ 00:18:35 EDT (1812 reads)
(Read More... | 30406 bytes more | 1634 comments | Score: 0)
CERPEN: Salju Sakinah 5
CERPEN

Musim Bunga Terakhir


Apakah kalimat yg harus aku ucapkan, bisik hati kecil Sumayyah. "em..er..syukran ustaz kerana sudi menolong ana dan ana pohon maaf atas kata2 ana tadi" dgn wajah merona merah Sumayyah mengucapkan kata2 tersebut.. Ustaz muda berkopiah Raihan tadi hanya tersenyum manis dan berlalu pergi..



Posted by darulbayan on Saturday, August 18 @ 05:04:05 EDT (533 reads)
(Read More... | 8139 bytes more | 314 comments | Score: 0)
CERPEN: Salju Sakinah 4
CERPEN

Budi anak perantau

SUMAYYAH menundukkan pandangannya semula setelah memandang wajah lelaki Melayu yang tercegat dua meter di belakangnya. Nafas lega lekas dihela. Dia pernah beberapa kali terserempak dengan anak muda ini di kampus. Rasanya seperti pelajar baru. Namanya entah siapa, dia tidak pernah ambil peduli.

``Nak ke mana?''
``Abas El-Aqad.''
``Sorang saja?''





Note: Credit : TorrentMalaya
Writer : arman
http://www.torrentmalaya.com
Posted by darulbayan on Saturday, August 18 @ 04:54:35 EDT (608 reads)
(Read More... | 9041 bytes more | 316 comments | Score: 0)
CERPEN: Salju Sakinah 3
CERPEN

ASAR hampir masuk. Bila-bila masa sahaja azan akan berkumandang dari masjid universiti. Suara Bilal Wahbah yang sedikit sengau tetapi mersik itu pastinya
sekali lagi akan menjejali ruang udara kampus dan kawasan sekitarnya. Sumayyah menggenyeh-genyeh matanya. Dia cuba bangkit perlahan-lahan. Seboleh mungkin, akan dielakkannya daripada tidur dalam waktu Asar. Amalan itu boleh mewarisi kepapaan.




Note: Credit : TorrentMalaya
Writer : arman
http://www.torrentmalaya.com

Posted by darulbayan on Saturday, August 18 @ 04:50:24 EDT (421 reads)
(Read More... | 7098 bytes more | 311 comments | Score: 0)
CERPEN: Salju Sakinah 2
CERPEN Warkah Dari Kaherah KEINGINANNYA untuk mengulangkaji agak surut seketika. Hatinya lebih diasak untuk mengetahui isi surat yang baru diterima sebentar tadi. Pertanyaan bertalu-talu mendera minda. Berita baikkah? Atau sebaliknya? Sumayyah bertasbih beberapa kali. Biar hati tenang. Biar jiwa tenteram. Selalunya perutusan dari Kaherah menitipkan khabar rindu dan ceria kepadanya. Moga warkah kali ini membawa berita yang serupa. Dia tidak lupa memanjatkan doa.
Posted by darulbayan on Friday, August 17 @ 22:23:11 EDT (418 reads)
(Read More... | 7044 bytes more | 314 comments | Score: 0)
CERPEN: Salju Sakinah
CERPEN MATA belum mampu dilelapkan walaupun tubuhnya agak kepenatan. Entah mengapa. Berbagai-bagai ingatan dan perasaan datang dan pergi bersilih ganti. Terasa iri juga melihat Nurlisa yang sudah pulas lena dihanyutkan mimpi entah ke mana. Dia memandang wajah Nurlisa agak lama. Memang tenang dan mendamaikan. Kata orang, air muka cerminan peribadi seseorang. Apakah hatinya juga setenang dan sedamai wajahnya? Suara Imam Saad al-Ghamidiy mengalunkan ayat-ayat suci sesekali menyapa telinga. Namun tidak dapat dipastikan surah apa. Sumayyah yakin, bacaan tartil penuh penghayatan itu berpunca dari kamar Narami. Dia terasa ingin ke sana. Ada percakapan yang mesti diluahkan kepada gadis hafizah itu. Selalunya apabila dia berhadapan masalah dan kebuntuan fikiran, Naramilah menjadi tempatnya mengadu. Tetapi mengingatkan malam sudah larut, hasrat itu dipadamkan sahaja. Esok pagi ada kuliah, tidur mesti cukup. Barangkali teman merangkap pendengarnya yang baik itu juga sudah terlelap dan pita kasetnya sahaja yang berbunyi.

Note: Credit to TorrentMalaya Writer : arman http://www.torrentmalaya.com
Posted by darulbayan on Friday, August 17 @ 21:27:44 EDT (456 reads)
(Read More... | 6546 bytes more | 313 comments | Score: 0)
Hakcipta Terpelihara

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PENTADBIRAN DARULBAYAN
Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel
Webmaster: byhulk@yahoo.com

Copyright 2006 Darul Bayan @ Humaizi Enterprise©. All Rights Reserved.
<
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt




PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.70 Seconds

:: fisubgreen phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::