Darul Bayan .:::PORTAL ANEKA GENRE ANDA::.
DOMAIN DAN HOSTING DARULBAYAN
menggunakan domain dan hosting sendiri.Start hari ini tidak akan ada
sebarang update.. dan site ini akan beransur2 ditutup..pada semua
pengunjung.. sila register di site baru.. walaupun ia masih dalam pembinaan anda sudah boleh mendaftar di :
http://www.darulbayan.com
JOM DAFTAR SEKARANG !!!!
Nurul Fatihah
Pagi ini
sepatutnya aku ada temuduga.Entah macam mana aku boleh terlewat bangun pagi pun
aku tidak tahu.Selalunya aku tidak pernah terlewat bangun.Mulut kecil aku tidak
henti-henti mengomel.Sekarang dah nak masuk pukul 10 pagi.Temuduga aku pukul
10.30.Entah sempat atau tidak.Bengang betul aku.
Sesampai
aku diperhentian bas aku tengok ramai juga orang yang sedang menunggu di
situ.Aku cuba bertanya dengan seorang budak perempuan yang berdiri hampir
denganku.
"bas
nie belum datang lagi ke ataupun dah terlepas nie dik!!"
"mana
gua tahu...gua baru aje datang."jawab budak perempuan itu meninggikan
suara.
"amboiiii....garangnya...tanya
pun tak boleh ke?Berlagak pula..."balasku geram.Memang pantang aku kalau ditanya,orang
jawab dengan kasar begini.
Aku
sangkakan dia masih seorang budak rupa-rupanya adalah anak
dara yang berlagak jantan.
"hello
brother...siapa berlagak haaa...baru datang KL nak tunjuk lawa konon.."
Hairan
juga aku macam mana dia tahu aku ni baru datang ke KL.
"hello
pompuan...kalau tak mahu jawab jangan banyak cakap pula.Orangnya pompuan tapi
nak tunjuk macam jantan...piii dahhh..."aku pula yang naik angin.
Gelagat
aku dan budak perempuan tu menjadi perhatian ramai.Aku ingatkan budak perempuan
tu dah nak berhenti menyalak,rupa-rupanya dia masih nak sambung lagi.
"apa
pompuan....sekali penumbuk gua singgah kat muka lu...baru lu tau!!"
"ehhh...makin
menjadi pula pompuan nie.Nie yang nak buat aku hilang sabar nie."getusku
didalam hati.
Nasib
baik bas datang,kalau tidak siap budak perempuan ni kena penampar aku
nanti.Sebaik bas berhenti budak perempuan itu cepat-cepat meluru ke hadapan
untuk naik dahulu.
TIPS MENGESAN KECURANGAN PASANGAN
curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan
lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?
Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai
kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi
adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah
disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:
Asyik
resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si
dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan
ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam
tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering
mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana
kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda
patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan
anda hanya dijadikan spare part!
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik
berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu
sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit
perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini
anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk
jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik
atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang
sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk
Mengapa Harus Cinta
"kenapalah dia pilih aku..yang aku tahu Midah suka kat dia."pertanyaan aku ajukan kepada teman baikku Ijan.
"Midah tu perasan sendiri ajelah Iza..takkanlah Mail tu main-main.Aku tengok dia betul2 serius terhadap kaulah."jawap Ijan.
"tapi..aku tak pastilah Ijan..takkan demi nak jaga hati dia,aku harus terima saja cinta dia."soalku resah.
Ismail masih menantikan jawapan dariku,namun aku masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti.Ismail kelihatan kecewa tetapi dia tetap akan terus bersabar menantikan jawapan dari aku.
"aku tetap akan menanti jawapan kau Iza."tegasnya bila setiap kali dia bertentang mata dengan aku.
Aku benar2 serba salah tetapi begaimana harus menerima seseorang yang aku tidak cintai.Biarpun kami rakan sekelas,aku tidak menyangka Ismail menaruh hati terhadap aku.Terasa rimas juga aku dibuatnya,memandangkan kami sekelas jadi setiap hari kami akan bersua muka.Ismail tidak henti2 memberi isyarat kepada aku.Sehinggakan aku merasakan tidak selesa dan bosan sekali.
Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia
Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu.
“Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara.
Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu.
Sifat Panas Baran
menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu,
sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan
orang lain.
Perasaan
marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri
memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah
antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi
Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi
(misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan
beristighfar serta membaca al-Quran.
Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya
Dr Aminuddin Mohd Yusof
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat
pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada
setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak
menaikkan kadar tol bagi empat buah lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pengumuman
tersebut dibuat setelah Kabinet bermesyuarat hari ini dan ia hanyalah
untuk tempoh setahun iaitu pada tahun 2008 sahaja.
``Lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuh Raya Bertingkat
Ampang-Ulu Klang (PROLINTAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat
(SPRINT) Kerinchi dan Damansara Link,’’ katanya pada sidang akhbar di
pejabatnya di sini, hari ini.
Ekoran langkah tidak menaikkan tol itu, kata Samy Vellu, kerajaan
terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM145 juta, Jambatan
Pulau Pinang sebanyak RM39 juta, SPRINT RM32 juta dan PROLINTAS
sebanyak RM26 juta.
Kerajaan juga katanya, perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta
bagi tahun 2008 kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong
kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60.
Dia Di Mata Ku
ini aku akan bergelar seorang graduan dan akan menerima segulung ijazah yang
amat aku nanti2kan selama ini.Setelah menamatkan pengajian dalam bidang
kedoktoran hampir 6 tahun,aku merasakan segala usaha dan harapan aku
terlaksana.Dalam pada aku bergembira untuk menghadiri majlis ini, aku terasa
amat sedih kerana insan yang telah berkorban untuk aku tiada bersama2ku untuk
meraikan kegembiraan aku hari ini.
Setahun yang lalu Khairil yang sering menjadi pembimbing dan sanggup membantu
aku di dalam pelajaran telah kembali kepangkuan Yang Maha Esa.Dia banyak
membantu aku di kala aku terpaksa meraba2 untuk pergi ke mana sahaja.Aku
sememangnya tidak dapat melihat setelah mata aku rosak ketika terlibat dalam
kemalangan jalan raya setelah tamat tingkatan 5.Khairil dan aku berkawan sejak
kecil,dialah yang banyak memberi aku semangat agar aku dapat menghadapi
kehidupan aku dengan tabah.
Aku
juga bercita2 tinggi dan bila aku mendapat tahu aku lulus dengan cemerlang,aku
benar2 berharap dapat memasuki pusat pengajian tinggi.Tetapi memandangkan aku
tidak dapat melihat,hasrat itu pasti terkubur.Khairil jugalah yang membakar
Demi Kerana Cinta
didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3
minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk
melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak
difikiran Adilla.
"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.
Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan
mulai mengganggu emosinya.
"awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2
akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah.
"walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini
dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini
kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya.
Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan
mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas
dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia
berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalanraya.
Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil
hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai
abang kandungnya sendiri.
Pelakon, pengarah Hussein Abu Hassan meninggal
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelakon dan pengarah veteran terkenal,
Hussein Abu Hassan, 70, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Kuala
Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit
lain.
Anak bongsunya yang juga pelakon terkenal, Faizal berkata, beliau
menerima panggilan daripada pihak hospital pukul 5.30 pagi ini yang
memaklumkan bapanya berada dalam keadaan kritikal.
“Ketika saya dan semua ahli keluarga tiba di hospital kira-kira
pukul 6.15 pagi, doktor sedang memberikan bantuan CPR (penafasan)
kerana jantung bapa telah terhenti sejak pukul 5.30 pagi lagi,” katanya
di sini.
Beliau berkata, apabila bapanya disahkan meninggal dunia, semua
ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Mahyon Ismail berada di sini
arwah.
Jenazah bapanya dibawa balik ke rumah mereka di Taman Gombak Setia
untuk dimandi dan dikapankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan
Taman Ibu Kota, Setapak selepas Zuhur ini, katanya.
Faizal berkata, pada malam tadi, beliau bersama isterinya, Suhaila
Sulaiman serta anak sulung mereka pergi melawat Hussein di hospital,
dan arwah kelihatan ceria serta boleh bergurau dengan cucunya itu.