|
|
TV ONLINE
SEMUA TV DAN RADION ONLINE TELAH DIPINDAHKAN KE SERVER BARU .SILA REGISTER KEMBALI ACC ANDA UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MENGAKSES PERKHIDMATAN INI.PERKHIDMATAN INI HANYA UNTUK AHLI
DAFTAR DI
http://www.darulbayan.com
|
|
|
|
|
| BERITA: DOMAIN DAN HOSTING DARULBAYAN |
|
darulbayan dalam proses upgrade
menggunakan domain dan hosting sendiri.Start hari ini tidak akan ada
sebarang update.. dan site ini akan beransur2 ditutup..pada semua
pengunjung.. sila register di site baru.. walaupun ia masih dalam pembinaan anda sudah boleh mendaftar di :
|
|
|
|
|
|
|
Pagi ini
sepatutnya aku ada temuduga.Entah macam mana aku boleh terlewat bangun pagi pun
aku tidak tahu.Selalunya aku tidak pernah terlewat bangun.Mulut kecil aku tidak
henti-henti mengomel.Sekarang dah nak masuk pukul 10 pagi.Temuduga aku pukul
10.30.Entah sempat atau tidak.Bengang betul aku.
Sesampai
aku diperhentian bas aku tengok ramai juga orang yang sedang menunggu di
situ.Aku cuba bertanya dengan seorang budak perempuan yang berdiri hampir
denganku.
"bas
nie belum datang lagi ke ataupun dah terlepas nie dik!!"
"mana
gua tahu...gua baru aje datang."jawab budak perempuan itu meninggikan
suara.
"amboiiii....garangnya...tanya
pun tak boleh ke?Berlagak pula..."balasku geram.Memang pantang aku kalau ditanya,orang
jawab dengan kasar begini.
Aku
sangkakan dia masih seorang budak rupa-rupanya adalah anak
dara yang berlagak jantan.
"hello
brother...siapa berlagak haaa...baru datang KL nak tunjuk lawa konon.."
Hairan
juga aku macam mana dia tahu aku ni baru datang ke KL.
"hello
pompuan...kalau tak mahu jawab jangan banyak cakap pula.Orangnya pompuan tapi
nak tunjuk macam jantan...piii dahhh..."aku pula yang naik angin.
Gelagat
aku dan budak perempuan tu menjadi perhatian ramai.Aku ingatkan budak perempuan
tu dah nak berhenti menyalak,rupa-rupanya dia masih nak sambung lagi.
"apa
pompuan....sekali penumbuk gua singgah kat muka lu...baru lu tau!!"
"ehhh...makin
menjadi pula pompuan nie.Nie yang nak buat aku hilang sabar nie."getusku
didalam hati.
Nasib
baik bas datang,kalau tidak siap budak perempuan ni kena penampar aku
nanti.Sebaik bas berhenti budak perempuan itu cepat-cepat meluru ke hadapan
untuk naik dahulu.
|
|
|
|
|
|
| MOTIVASI: TIPS MENGESAN KECURANGAN PASANGAN |
|
Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku
curang. Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan
lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?
Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai
kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi
adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah
disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan.
Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:
Asyik
resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si
dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan
ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam
tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering
mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana
kononnya 'ada masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda
patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan
anda hanya dijadikan spare part!
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda. Sedang asyik
berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu
sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya.. sakit
perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini
anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk
jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik
atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang
sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk
melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.
|
|
|
|
|
|
|
Aku masih bingung.Adakah aku harus menerima cinta Ismail atas dasar kasihan.Perpisahan aku dengan Zul tidak harus aku jadikan sandaran untuk aku menagih cinta baru dengan mudah.Aku sendiri tidak menyedari sejak bila Ismail menyimpan perasaan terhadap aku,walhal dia sendiri tahu sebelum ini aku sudah mempunyai teman lelaki.Ketulusan dan keiklasan Ismail jelas ketara kerana dia sanggup menunggu aku memberikan jawapan. "kenapalah dia pilih aku..yang aku tahu Midah suka kat dia."pertanyaan aku ajukan kepada teman baikku Ijan. "Midah tu perasan sendiri ajelah Iza..takkanlah Mail tu main-main.Aku tengok dia betul2 serius terhadap kaulah."jawap Ijan. "tapi..aku tak pastilah Ijan..takkan demi nak jaga hati dia,aku harus terima saja cinta dia."soalku resah. Ismail masih menantikan jawapan dariku,namun aku masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti.Ismail kelihatan kecewa tetapi dia tetap akan terus bersabar menantikan jawapan dari aku. "aku tetap akan menanti jawapan kau Iza."tegasnya bila setiap kali dia bertentang mata dengan aku. Aku benar2 serba salah tetapi begaimana harus menerima seseorang yang aku tidak cintai.Biarpun kami rakan sekelas,aku tidak menyangka Ismail menaruh hati terhadap aku.Terasa rimas juga aku dibuatnya,memandangkan kami sekelas jadi setiap hari kami akan bersua muka.Ismail tidak henti2 memberi isyarat kepada aku.Sehinggakan aku merasakan tidak selesa dan bosan sekali.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia |
|
JAKARTA 29 Nov — Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain memerlukan hanya tiga minit untuk menyuraikan demonstrasi anti-Malaysia, yang sebelum itu berkobar-kobar dan kononnya akan berlangsung satu tindakan nekat di hadapan kedutaan di sini pagi ini.
Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu.
“Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara.
Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu.
Setelah penjelasan yang menggunakan hanya kira-kira 50 patah perkataan sahaja itu, Zainal Abidin terus turun dari pentas itu dan kembali meneruskan tugas di pejabatnya, meninggalkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau.
|
|
|
|
|
|
|
Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran
menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu,
sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan
orang lain.
Perasaan
marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri
memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah
antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi
Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi
(misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan
beristighfar serta membaca al-Quran.
Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya
Dr Aminuddin Mohd Yusof
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat
pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada
setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan |
|
 KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak
menaikkan kadar tol bagi empat buah lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pengumuman
tersebut dibuat setelah Kabinet bermesyuarat hari ini dan ia hanyalah
untuk tempoh setahun iaitu pada tahun 2008 sahaja.
``Lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuh Raya Bertingkat
Ampang-Ulu Klang (PROLINTAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat
(SPRINT) Kerinchi dan Damansara Link,’’ katanya pada sidang akhbar di
pejabatnya di sini, hari ini.
Ekoran langkah tidak menaikkan tol itu, kata Samy Vellu, kerajaan
terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM145 juta, Jambatan
Pulau Pinang sebanyak RM39 juta, SPRINT RM32 juta dan PROLINTAS
sebanyak RM26 juta.
Kerajaan juga katanya, perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta
bagi tahun 2008 kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong
kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60.
|
|
|
|
|
|
|
Hari
ini aku akan bergelar seorang graduan dan akan menerima segulung ijazah yang
amat aku nanti2kan selama ini.Setelah menamatkan pengajian dalam bidang
kedoktoran hampir 6 tahun,aku merasakan segala usaha dan harapan aku
terlaksana.Dalam pada aku bergembira untuk menghadiri majlis ini, aku terasa
amat sedih kerana insan yang telah berkorban untuk aku tiada bersama2ku untuk
meraikan kegembiraan aku hari ini.
Setahun yang lalu Khairil yang sering menjadi pembimbing dan sanggup membantu
aku di dalam pelajaran telah kembali kepangkuan Yang Maha Esa.Dia banyak
membantu aku di kala aku terpaksa meraba2 untuk pergi ke mana sahaja.Aku
sememangnya tidak dapat melihat setelah mata aku rosak ketika terlibat dalam
kemalangan jalan raya setelah tamat tingkatan 5.Khairil dan aku berkawan sejak
kecil,dialah yang banyak memberi aku semangat agar aku dapat menghadapi
kehidupan aku dengan tabah.
Aku
juga bercita2 tinggi dan bila aku mendapat tahu aku lulus dengan cemerlang,aku
benar2 berharap dapat memasuki pusat pengajian tinggi.Tetapi memandangkan aku
tidak dapat melihat,hasrat itu pasti terkubur.Khairil jugalah yang membakar
semangat untuk aku agar tidak menyerah kalah.
|
|
|
|
|
|
|
Adilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin
didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3
minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk
melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak
difikiran Adilla.
"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.
Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan
mulai mengganggu emosinya.
"awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2
akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah.
"walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini
dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini
kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya.
Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan
mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas
dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia
berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalanraya.
Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil
hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai
abang kandungnya sendiri.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Pelakon, pengarah Hussein Abu Hassan meninggal |
|
 KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pelakon dan pengarah veteran terkenal,
Hussein Abu Hassan, 70, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Kuala
Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit
lain.
Anak bongsunya yang juga pelakon terkenal, Faizal berkata, beliau
menerima panggilan daripada pihak hospital pukul 5.30 pagi ini yang
memaklumkan bapanya berada dalam keadaan kritikal.
“Ketika saya dan semua ahli keluarga tiba di hospital kira-kira
pukul 6.15 pagi, doktor sedang memberikan bantuan CPR (penafasan)
kerana jantung bapa telah terhenti sejak pukul 5.30 pagi lagi,” katanya
di sini.
Beliau berkata, apabila bapanya disahkan meninggal dunia, semua
ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Mahyon Ismail berada di sini
arwah.
Jenazah bapanya dibawa balik ke rumah mereka di Taman Gombak Setia
untuk dimandi dan dikapankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan
Taman Ibu Kota, Setapak selepas Zuhur ini, katanya.
Faizal berkata, pada malam tadi, beliau bersama isterinya, Suhaila
Sulaiman serta anak sulung mereka pergi melawat Hussein di hospital,
dan arwah kelihatan ceria serta boleh bergurau dengan cucunya itu.
|
|
|
|
|
|
| AGAMA: Kerosakkan Akhlak Muda-Mudi |
|
Muslimin sidang jumaat sekalian!
Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada
hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di
manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang
hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang
amalannya, apakah diamalkan dengannya."
Di
antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT
akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar
berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka
menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada
Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah SWT.
Di
dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan
pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di
hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya
mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami
tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di
waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata;
'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan
menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
|
|
|
|
|
|
| CERPEN: Seikhlas Kasih Sayang Yang Abadi |
|
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik
nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih
berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara.
Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.
|
|
|
|
|
|
|
Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Mahani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Mahani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah
awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya Mahani. Sebak hati Mahani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Mahani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Mahani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah. Sejak Mahani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Mahani dan anak yang dikandungnya itu. Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Mahani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Mahani Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Mahani itu. Mahani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Mahani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Mahani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Mahani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Mahani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu. Tiba-tiba Mahani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Mahani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu. Mahani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Faizal dan yang perempuan akan diberi nama Siti Farhana Balqis. Mahani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Penyokong Hindraf ingkari perintah mahkamah, teruskan perhimpunan |
|
 KUALA LUMPUR 25 Nov — Para penyokong Hindu Rights Action Force
(Hindraf) hari ini mengingkari perintah mahkamah dengan mengadakan
perhimpunan di persimpangan antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak
awal hari ini.
Beribu-ribu penyokong kumpulan itu berhimpun sejak 6.30 pagi
berhampiran kompleks membeli-belah Plaza City Square untuk berarak ke
Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, kira-kira 100 meter dari
situ, bagi menyerahkan petisyen mengenai dakwaan kononnya masyarakat
India di negara ini dipinggirkan.
Beberapa jalan yang menghala ke tempat perhimpunan itu ditutup.
Pada Khamis, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah
melarang lima pemimpin Hindraf dan penyokong mereka daripada
menganjurkan atau menyertai perhimpunan hari ini di ibu kota.
Kelima-lima mereka ialah P. Uthayakumar, adik lelakinya Waythamoorthy, M. Manoharan, V.S. Ganapathi Rao dan R. Kengadharan.
Polis tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan itu kerana bimbangkan keselamatan awam.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Tindakan tegas terhadap pihak hasut sertai perhimpunan haram esok |
|
 KUANTAN 24 Nov — Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana
pihak yang menghasut orang ramai termasuk melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) bagi menyertai perhimpunan yang dijadual diadakan di
depan bangunan Suruhanjaya Tinggi Britian di Kuala Lumpur, esok.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow juga
menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran
Hindu Rights Action Force (Hindraf) itu kerana kerajaan telah
memberikan nasihat dan amaran.
“Jangan cuba melanggari undang-undang, kalau mereka masih nak
jayakan perhimpunan ini, maka polis kena menjalankan tugas,” katanya
kepada pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan
Undangan Negeri Tanjung Lumpur di sini hari ini.
Beliau mengulas rancangan Hindraf untuk mengadakan perhimpunan di
depan Suruhanjaya Tinggi Britian di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada
Ahad untuk menyerahkan petisyen yang mengandungi 100,000 tandatangan
kepada Ratu Elizabeth II.
Ketika ditanya sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan
dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, Fu
berkata, akta itu hanya akan digunakan sebagai jalan terakhir.
Kerajaan tidak menggunakan akta tersebut sewenang-wenangnya kecuali
sesuatu tindakan itu menganggu-gugat keselamatan negara, katanya.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Pemimpin Hindraf dituduh menghasut selepas siasatan rapi - Abdullah |
|
 KAMPALA 24 Nov — Polis telah memantau aktiviti tiga pemimpin Hindu
Rights Action Force (Hindraf) bagi tempoh tertentu sebelum menghadapkan
mereka ke mahkamah semalam mengikut Akta Hasutan, kata Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
“Mereka dianggap telah melakukan perkara yang melanggar Akta
Hasutan dan kita perlu mengambil tindakan...ia bukan kerana mereka
merancang mengadakan perhimpunan di depan Suruhanjaya Tinggi Britian
(esok),” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan bahawa polis telah
memantau aktiviti mereka termasuk merekodkan ucapan dan kenyataan
mereka untuk tempoh yang agak lama.
Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata
demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat hari pertama
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini.
Pemimpin Hindraf berkenaan P. Uthayakumar, adiknya, Waythamoorthy,
dan V.S. Ganapathi Rao dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang mengikut
Akta Hasutan.
Ketiga-tiga mereka dituduh melafazkan perkataan berunsur hasutan semasa berucap di Batang Berjuntai pada 16 November.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Jangan terima memorandum demonstrasi jalanan |
|
 PUTRAJAYA 23 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa jabatan dan
agensi kerajaan supaya tidak menerima memorandum yang dihantar oleh
kumpulan tertentu melalui kaedah-kaedah yang boleh menjejaskan
kestabilan negara.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah tidak
salah sekiranya memorandum itu dihantar kepada jabatan dan agensi
kerajaan, namun ia perlu dilakukan dengan cara serta kaedah yang betul
bukan melalui demonstrasi jalanan dan perhimpunan.
‘‘Jika berterusan begini, dalam keadaan kita bertolak-ansur dan telus, ini perlu dihentikan.
‘‘Di mana kita hendak letakkan had, kita mahu bertolak-ansur dalam
erti kata tidak mengapa, kita mahu suara anda didengari tetapi jika ia
membawa kepada demonstrasi jalanan dan menjejaskan imej Malaysia di
luar negara, saya fikir kita tidak perlu terima (memorandum),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah
Sekolah Cemerlang dan Anugerah Kualiti Kementerian Pelajaran, di sini,
hari ini.
Hishammuddin mengulas mengenai perhimpunan Hindu Rights Action Force
(Hindraf) yang dirancang diadakan di depan pejabat Suruhanjaya Tinggi
British, Kuala Lumpur, Ahad ini.
Menurut beliau, penyerahan memorandum perlu dilakukan dengan cara
yang betul dan tidak menyentuh mengenai isu agama atau perkauman.
Katanya, jika dengan menyerahkan memorandum itu akan menjejaskan
kestabilan negara maka beliau merasakan kumpulan itu tidak jujur dalam
menyuarakan kebimbangan mereka.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Hindari himpunan Hindraf -- * Polis peroleh perintah mahkamah * Tiga peguam dita |
|
 KUALA LUMPUR 23 Nov. – Polis memperoleh perintah mahkamah untuk
melarang orang ramai daripada hadir, berkumpul atau mengambil bahagian
dalam perhimpunan yang dijadual diadakan di depan bangunan Suruhanjaya
Tinggi British, Jalan Ampang di sini Ahad ini.
Perintah di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah itu diperoleh
daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur oleh Ketua Polis Daerah
Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Amir Mohd. Hashim petang semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, polis turut menahan tiga orang peguam
termasuk Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waytha
Moorthy tengah hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dipercayai
terlibat memberi ceramah berbaur hasutan kepada orang ramai di Kuala
Selangor, Selangor baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu, perintah
mahkamah itu diperoleh polis secara ex-parte iaitu dengan segera kerana
kesuntukan masa memandangkan perhimpunan anjuran Hindraf itu dijangka
diadakan pada 25 November ini.
‘‘Perintah ini bertujuan menghalang perbuatan yang boleh mengganggu
ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa, keselamatan
manusia seperti rusuhan atau pergaduhan sekiranya perhimpunan itu
diadakan,’’ katanya.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Himpunan 10 November:VCD '100,000 sahut cabaran PM' laris! |
|
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Walaupun sudah lebih seminggu berlalu, namun
cerita dan cakap-cakap tentang himpunan rakyat 10 November masih menjadi kedengaran
dan bualan umum termasuk di luar negara malah apa jua produk yang berkaitan, juga
turut mendapat perhatian.
Terbaru, dilaporkan VCD '100,000 sahut cabaran PM' yang memaparkan rakaman
perhimpunan aman tempoh hari telah dijual dengan laris sekali di antara harga
RM5.00-10.00 laksana 'pisang goreng panas' di pelbagai premis perniagaan tertutama di
pasar malam.
Tinjauan mendapati di pasar malam Keramat AU2 semalam,orang ramai mengerumuni
sebuah tapak niaga yang menayangkan secara percuma VCD tersebut bagi tujuan promosi
dan rata-ratanya terdiri daripada mereka yang turut menghadiri himpunan tersebut
termasuk yang tidak berpeluang menyertainya.
Dalam pada itu beberapa orang turut 'menganalisis' dan memberi respon bagaimana
media di negara ini telah mengaburi dan menyembunyikan fakta daripada rakyat dengan
menyatakan jumlah yang hadir hanya sekitar 4,000 sahaja sedangkan VCD tersebut
menayangkan sebaliknya.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Saintis UPM temui bahan ganti petrol, diesel |
|
 SERDANG 23 Nov — Seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM)
berjaya menemui bahan api alternatif daripada biji buah `Egusi Melon’
yang berpotensi menghasilkan minyak petrol dan diesel.
Ketua Makmal Kajian Tenaga (AREL) dari Institut Tenaga Maju UPM,
Prof Madya Dr Nor Mariah Adam yang membuat penemuan itu berkata, bahan
tenaga itu menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah egusi
yang berasal dari Afrika.
Katanya, penemuan kali pertama di dunia itu dijangka dapat
mengurangkan kos petrol sebanyak 20 peratus dan diesel 10 peratus,
malah jurangnya lebih ketara jika harga bahan api tersebut meningkat.
“Minyak ini berpotensi untuk dijadikan minyak petrol dan diesel
kerana sifatnya lebih ringan, proses penuaian minyak mudah dan ekonomik
berbanding minyak sawit dan jathropa yang telah dijadikan bio-diesel,”
katanya ketika menunjukkan hasil kajiannya kepada Bernama.
Beliau berkata, kajiannya mendapati lemak tepu dalam minyak egusi
adalah rendah, selain bersifat mudah cair dan boleh meningkatkan
pembakaran.
Katanya, sebelum minyak tersebut dijadikan petrol dan diesel,
minyak itu perlu dicampur dengan beberapa pemangkin yang sesuai untuk
mendapatkan stabilitinya.
Beliau berkata, potensi kajiannya mempunyai masa depan yang cerah
kerana spesies tanaman melon mudah ditanam di negara ini dan boleh
mencapai tahap kematangan dalam tempoh tiga bulan.
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Industri aeroangkasa terima pelaburan RM1.66 bilion |
|


|
Najib Tun Razak
bertanyakan sesuatu kepada Neil McManus (kanan sekali) mengenai projek
pembinaan kemudahan kilang pembuatan komponen aeroangkasa sambil
diperhatikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Britian, Boyd McCleary (dua dari
kiri) dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Seri Bashir Ahmad (kiri) di
Subang, semalam.
|
SUBANG 22 Nov. – Industri aeroangkasa Malaysia menerima pelaburan
langsung asing (FDI) dan domestik bernilai RM1.66 bilion melibatkan
pembangunan sejumlah 24 projek berkaitan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
daripada jumlah tersebut, sebanyak RM680 juta merupakan FDI, manakala
selebihnya (RM980 juta) adalah pelaburan domestik.
Setakat ini, terdapat 80 syarikat berkaitan aeroangkasa beroperasi
di Malaysia, katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah pembinaan
kemudahan kilang pembuatan komponen pesawat milik Spirit AeroSystems
(Europe) Ltd. (Spirit Europe) di Pusat Aeroangkasa Antarabangsa
Malaysia (MIAC), sini hari ini.
“Syarikat-syarikat aeroangkasa yang terdiri daripada firma asing dan
tempatan itu menjalankan aktiviti-aktiviti pembuatan komponen,
peralatan mendarat dan sayap pesawat serta ‘cockpit’ bagi helikopter,”
katanya.
Menurut Najib, pembinaan kemudahan pembuatan oleh Spirit AeroSystems
di MIAC akan menyumbang kepada pembangunan MIAC sebagai hab aeroangkasa
terkemuka di rantau ini.
MIAC di sini meliputi kawasan seluas 480.8 hektar, merangkumi 285.2
hektar yang telah digunakan untuk menyedia kemudahan lapangan terbang,
sebanyak 78.4 hektar diperuntukan bagi kawasan infrastruktur dan
pengedaran, sebanyak 74.8 hektar sebagai kawasan sewaan dan sebanyak
42.4 hektar lagi untuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
|
|
|
|
|
|
| ISU SEMASA: Bukan milik Singapura -- Gagal buktikan 3 pulau dituntut hak republik itu - Pegu |
|
 THE HAGUE, Belanda 22 Nov. – Malaysia memulakan pusingan kedua hujah
lisan kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan menegaskan bahawa
Singapura gagal membuktikan, jauh sekali mengemukakan sebarang dokumen,
bahawa pulau tersebut milik republik itu.
Malah, Malaysia berhujah, kelewatan Singapura membuat tuntutan ke
atas dua bentuk maritim iaitu Middle Rocks dan South Ledge (13 tahun
selepas tuntutan Pulau Batu Putih) menunjukkan republik itu tidak
mempunyai hak ke atas ketiga-tiga pulau berkenaan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menarik perhatian Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini mengenai dakwaan Singapura
bahawa Malaysia bukan pemilik asal Pulau Batu Putih.
Berhubung isu itu, beliau mempertikaikan dakwaan Singapura bahawa
pulau tersebut menjadi milik British pada tahun 1847 hingga 1851 kerana
ketika British datang ke situ, ia adalah terra nullius (tiada pemilik).
Menurut Abdul Gani, Singapura tidak dapat mengemukakan sebarang bukti bahawa Pulau Batu Putih ketika itu adalah terra nullius.
“Singapura tidak membuktikan kesnya, sebaliknya kes republik itu
berdasarkan kepada kesimpulan mereka bahawa Pulau Batu Putih adalah
terra nullius,” hujah beliau di hadapan Naib Presiden ICJ, Hakim Awn
Shawkat Al-Khasawneh serta 15 hakim lain termasuk dua hakim ad hoc yang
dilantik oleh Malaysia dan Singapura.
Abdul Gani kemudian berhujah mengenai perkara kedua iaitu sikap
berdiam diri Singapura atau kegagalan republik itu mengemukakan dokumen
undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan sehingga tahun 1978 untuk
menunjukkan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik mereka.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Tiga juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental |
|
 SUNGAI PETANI 22 Nov. - Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada
26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan
jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan
rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian
yang dijalankan 10 tahun lepas.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.
“Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada
keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau
kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia
peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat
semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan
bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan
mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.
|
|
|
|
|
|
|
Parents Ucu dpt tahu dr cikgu sekolah yg Ucu kurang tumpuan sewaktu
belajar. Kalau exam pun susah nak concentrate. Cikgu kena selalu check
Ucu jawab soalan sebab dia mudah hilang tumpuan. Ucu selalu tak habis
jawab soalan exam . Bila keluar jer keputusan, markah Ucu, selalu yg
corot2. Kalau org tak faham Ucu, org akan cakap dia lembap & degil.
Kesian Ucu.
Tapi
Ucu bernasib baik sbb Mak & abah Ucu tak give up. Puas juga parents
Ucu bagi galakan, bagi vitamin & usaha mcm2 lagi. Tapi Ucu masih
cam tu jugak, sampai ler Ucu umur 18 thn, barulah famili Ucu sedar yg
Ucu ni sebenarnya tergolong dalam kategori DYSLEXIA. Tu pun bila family
Ucu tengok satu cerekarama bertajuk "Dyslexia" .Watak utama dlm citer
ni adalah seorg lelaki Dyslexia - karakternya sebijik cam Ucu (tak
ramai kawan, rasa rendah diri, lemah dlm pelajaran tapi kreatif.
Pemikiran dia tak sama cam org lain).
Lepas jer
tengok cerekarama tu, famili Ucu & Kak Ngah buat research kat
internet & jumpa info2 pasal Dyslexia. Mmg Ucu ada ciri2 tu. So,
sahlah Ucu yg dikatakan 'lembab' tu sebenarnya seorang yg unik. Kenapa
kak ngah kata unik? Sebabnya walaupun org Dyslexia ni lemah / kurang
tumpuan dlm pelajaran, tapi jika diorang minat sesuatu bidang, dia akan
jadi `The Expert'. Sama cam Ucu, biarpun lemah dlm pelajaran... tapi
dia expert dlm komputer, malah lebih expert drp sesetengah graduan U.
|
|
|
|
|
|
| MOTIVASI: Fahami fikiran anak apabila mendidik |
|
MENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan
dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan
dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu
bapa yang tidak berpendirian.
Didikan
awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak
peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam
amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa
melalui kehidupan yang sempurna.
Malah
Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi
kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan
belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan
membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan
untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."
Dalam hal ini,
biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak
memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun
kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.
Malangnya,
segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan
menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.
Pakar
Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail
berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari
ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Kecederaan Dr Faiz tak jejas peluang ke angkasa |
|
 KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kecederaan serius tangan kiri angkasawan
kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang memerlukan lebih 100 jahitan,
tidak akan menjejaskan peluang beliau untuk ke angkasa lepas nanti,
kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun kecederaan Dr Faiz agak
serius dan beliau kehilangan banyak darah, tetapi beliau dijangka pulih
seperti sedia kala.
“Alhamdulillah pembedahan yang dilakukan berjaya menyelamatkan
tangannya dan doktor yang merawat Dr Faiz yakin beliau boleh
menjalankan tugas sebagai doktor pergigian dan angkasawan negara,”
katanya kepada pemberita selepas melawat Dr Faiz di Pusat Perubatan
Gleneagles di sini.
Malaysia mendapat tawaran daripada Agensi Angkasa Persekutuan Rusia
untuk menghantar angkasawan kedua negara ke angkasa lepas pada
penghujung tahun 2010 atau awal 2011.
Dr Faiz cedera di tangan kirinya akibat diserang oleh dua lelaki
yang cuba menyamun rakannya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Ampang
di sini, awal pagi semalam.
Apabila seorang daripada penyerang mengacukan parang ke leher
rakannya, Dr Faiz cuba membantu rakannya itu dengan menyerang lelaki
terbabit, menyebabkan lelaki itu menghayunkan parang ke muka Dr Faiz,
tetapi ditepis Dr Faiz dengan tangan kirinya.
|
|
|
|
|
|
| PENDAPAT: Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam |
|
A'kum wrt. wbrt.
Saya
ingin tahu berkenaan Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam, kerana ada
kemusykilan terhadap perkara ini. Adakah ianya sunnah drpd. Rasullah s.
a. w atau sebaliknya ?
Jawapan: Wa
alaikumussalam wr wb Persoalan insuran telah menarik minat ramai cerdik
pandai Islam untuk mengutarakan pandangan mereka mengenai hukumnya.
Tidak dapat dinafikan, ulama’ memang berbeza pendapat di dalam hal ini.
Ada yang mengatakan haram dan ada juga yang menganngapnya harus di sisi
syara’. Untuk melihat persoalan ini, didatangkan pandangan mengenai
insuran nyawa konvensional dan syarikat takaful.
Perbahasan Insuran Nyawa Konvensional
Secara
am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk
mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi
tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini
selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan
prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang
tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam,
sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:
“Sesungguhnya
seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan
perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia” (Riwayat Ibnu Majah).
|
|
|
|
|
|
| PELBAGAI: Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC |
|
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang
menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat
kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz
yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa
cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat
bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM
minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia. Antaranya:
|
|
|
|
|
|
| BERITA: ‘Budak biru’ perlu bantuan segera |
|

|
MUHAMMAD Alif Syahizan
pesakit jantung bersama ibu bapanya, Rokiah Awang dan Syahizan Awang
Kechik mohon bantuan orang ramai untuk membiayai perbelanjaan rawatan
perubatan di Institut Jantung Negara ketika ditemui di pejabat Utusan
di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.
|
BUTTERWORTH 20 Nov. – Seorang ibu yang tidak sanggup lagi melihat
penderitaan anaknya Muhammad Alif Syahizan, 2, penghidap penyakit
saluran jantung tersumbat, hari ini merayu orang ramai menghulurkan
bantuan bagi membiayai kos pembedahan kanak-kanak itu.
Ini kerana, suri rumah itu, Rokiah Awang dan suaminya, Syahizan
Awang Kechik, 30, bukan sahaja tidak mampu untuk membiayai kos
pembedahan sebanyak RM20,000 malah tarikh untuk pendaftaran pembedahan
juga semakin suntuk iaitu pada 12 Disember ini.
Rokiah memberitahu, keadaan kesihatan anaknya semakin kronik
apabila sering berubah menjadi pucat manakala wajah, tangan serta
kakinya bertukar kebiru-biruan akibat masalah itu.
‘‘Keadaannya semakin kritikal. Muhammad Alif mesti mengalami demam
beberapa hari setiap bulan dan setiap hari pula anggota badannya mesti
menjadi biru beberapa ketika akibat masalah itu,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Rokiah dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah berkata, anak
tunggalnya itu juga sering menangis menahan kesakitan di bahagian
jantung terutama pada waktu malam dan mengalami sawan sekiranya banyak
bergerak atau aktif bermain.
|
|
|
|
|
|
| BERITA: Sistem rekod kehadiran pelajar guna MyKad diperkenalkan |
|
 PORT DICKSON 20 Nov. – Perkhidmatan SMS Sekolah yang dibangunkan
oleh Mypressto.com Sdn. Bhd. yang antaranya berperanan mengekang
masalah disiplin pelajar, kini dilengkapi ciri tambahan iaitu
merekodkan kehadiran menggunakan MyKad.
Ini bermakna, pelajar hanya perlu menyentuh MyKad pada mesin
pengimbas sejurus tiba di sekolah bagi membolehkan ibu bapa yang
melanggan perkhidmatan itu dengan bayaran RM3 sebulan mengetahui status
kehadiran anak mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ketua Pegawai Operasi Mypressto.com, Junairi Jauhari berkata,
pelajar terbabit juga perlu mengimbas MyKad masing-masing apabila
pulang dari sekolah dan ibu bapa mereka pula akan menerima makluman SMS
mengenai perkara itu.
Katanya, ia juga mengurangkan beban guru yang terpaksa menanda
kehadiran murid dalam perisian program SMS Sekolah dan juga buku
kehadiran.
“Ini merupakan penambahbaikan khidmat SMS Sekolah yang kini
digunakan oleh 1,700 buah sekolah di seluruh negara, ciri-ciri tambahan
akan diperkenalkan pada setiap masa selari dengan perkembangan pesat
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
“Sebagai permulaan, sebanyak 10 buah sekolah di seluruh negara akan
dilengkapi dengan sistem ini, kita akan tempatkan empat buah mesin
p | | | | | |